Header Ads

Artis jadi calon PAS dalam PRU-13?

WarkahDaily – Sebelum ini, golongan penghibur atau artis dilihat kurang mencampuri urusan politik tanahair. Jika ada pun, segelintir sahaja, itu pun dilantik ke jawatan senator, bukannya menyertai pilihanraya seperti Senator Datuk Jins Samsuddin.

Namun hari ini, golongan itu dilihat semakin menerobos dalam kancah politik. Semakin hari, ada sahaja golongan artis mengisytiharkan diri mereka menyertai parti politik. Perubahan ini dilihat terkesan selepas perubahan mengejut pelawak dan penerbit, Bob Lokman yang menimbulkan satu aura yang terkesan di hati peminat golongan itu.

Bob Lokman mengisytiharkan dirinya menyertai PAS dan selepas berubah dari dunia glamor kepada mendekatkan dirinya kepada Allah.

Aura itu menyebabkan ada sesebelah pihak tidak menyenangi perkembangan baik itu. Sejak itulah, tidak semena-mena, ada kedengaran beberapa artis mengumumkan perkara yang sama tetapi menyertai Umno.

Namun dilihat perubahan yang dilakukan artis berkenaan jauh berbeza dengan apa yang dialami Bob Lokman yang banyak melibatkan diri dengan kerja-kerja dakwah kepada Islam.

Walaubagaimana pun, perubahan ini perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi satu impak yang besar terhadap anak-anak muda yang dilihat gemar dengan ikon dan dunia hiburan.

Rentetan itu, Ketua Penerangan Pas Negeri Sabah,Hisammuddin Hj.Sulaiman membayangkan agar PAS memberi laluan untuk artis dan seniman menjadi calon PAS dalam Pilihanraya Ke 13.

Hishamuddin berkata, artis seperti Bob Lokman yang kini mendapat liputan meluas selepas menjadi sasaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa memberi tazkirah tanpa kebenaran (tauliah) sebelum ini di Selangor, perlu ditampilkan sebagai ikon kepada golongan muda.

Menurut Ketua Penerangan itu lagi, penglibatan golongan seniman dan artis dalam PAS dalam pilihanraya umum (PRU) nanti akan memberi satu kesan yang positif atas nama keterbukaan parti Islam itu di samping golongan itu diberi tempat sebaris dengan pimpinan yang lain.

Hisammuddin berkata, ia sejajar dengan perjuangan PAS yang sudah melalui usia 60 tahun dalam kancah politik tanah air.

“Bahawa PAS harus dipelbagaikan daya kepimpinan dan ketrampilan setelah PAS melalui usia 60 tahun dalam melangkah dan menggalas amanah perjuangannya di persada politik tanah air,” ujar Hishammuddin.

Menurutnya lagi, PAS kini mendapat tempat dan menjadi pilihan hati para seniman yang terdiri daripada penyanyi, pelakon atau pelawak kerana PAS berteraskan perjuangan Islam yang suci.
Dikuasakan oleh Blogger.