Header Ads

Chong Wei juara Terbuka Perancis

Lee Chong Wei hanya memerlukan masa 39 minit untuk menundukkan lawan dari Jepun, Kenichi Tago untuk muncul sebagai pemenang Terbuka Perancis.

Berbanding dalam pertemuan terakhir di Jepun September lalu yang menyaksikan pemain nombor 19 dunia itu berlanjutan ke set penentuan, tetapi kali ini Chong Wei tidak mahu memberi ruang buat Kenichi untuk menang 21-16 21-11.

Mereka terikat pada mata 12 dan sebelum Chong Wei menemui rentak sebenarnya untuk menamatkan set pertama.

Seperti di Terbuka Jepun, Chong Wei sudah dapat menghidu lawannya yang mudah keletihan, lalu membuat asakan sejak awal set kedua lagi untuk meneruskan rekod bersihnya menang lapan kali ke atas Kenichi.
Dikuasakan oleh Blogger.