Header Ads

City belasah United 6-1: City ‘malukan’ Najib di kediaman rasmi Perdana Menteri

WarkahDaily – Keegoan Manchester United di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson begitu teruk ‘diperbudakkan’ musuh ketatnya, Manchester City apabila dibelasah 1-6 dalam perlawanan Liga Inggeris (EPL) di gelanggang sendiri di Old Trafford kelmarin.


Najib menonton aksi bola sepak EPL Man United menentang Man City bersama rakan-rakan Facebooknya di Dewan Banquet Seri Perdana, Putrajaya.
(Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib mahu berseronok menikmati kehebatan pasukan kegemarannya bersama rakan Facebooknya di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya, namun ianya seolah-olah ‘disabotaj’ oleh Manchester City yang merencatkan keseronokan itu dengan membelasah Man United 6-1.


Kesian ‘peminat’ nombor satu Man United di Malaysia, baru je nak berseronok, dah kena balun la pulak. Itu adat, yang hebat tak akan hebat selama-lamanya. Pasti yang berada di atas, ada waktu jatuh bangunnya. Itu sebagai satu pengajaran buat yang ego..hehe - WarkahDaily Online)

Alex Ferguson menyifatkan kekalahan 6-1 kepada City sebagai keputusan paling teruk dalam sejarah kariernya dan ia adalah yang paling teruk dalam tempoh 56 tahun.


PEMAIN Manchester City, Sergio Aguero (atas kanan) meraikan gol dengan rakan sepasukan semasa perlawanan Barclays EPL di Old Trafford.
Mario Balotelli meletak City berada di depan 1-0 di minit ke-22 di separuh masa pertama. Nasib malang United bermula selepas pemainnya, Jonny Evans dibuang padang selepas dilayang kad merah pada minit ke-47 di separuh masa kedua membuatkan City mengambil peluang sepenuhnya untuk terus membolosi gawang tuan rumah melalui gol kedua Balotelli pada minit ke-60 dan Segio Aguero pada minit ke-69 menjadikan kedudukan City di depan 3-0.

United berusaha merapatkan jurang melalui penjaring tunggalnya, Darren Fletcher pada minit ke-81 bagi membuka harapan buat anak buah Ferguson.

Namun kerana kealpaan barisan pertahanan United, ia memberi ruang kepada City menambah jaringan pantas dengan tiga gol lagi di minit akhir perlawanan termasuk masa tambahan iaitu dua gol daripada Edin Dzeko (minit ke-90 dan ‘92) dan satu dari David Silva pada minit ke-91.

“Ia merupakan hari yang malang buat kami.


WAYNE Rooney kelihatan kecewa selepas Manchester City kenduri gol membelasah pasukannya dalam perlawanan EPL di Old Trafford.
“Ia merupakan keputusan terburuk dalam sejarah saya sebagai pengurus. Sebagai pemain juga saya tak boleh bayangkan kekalahan 1-6,” kata Ferguson.

“Saya masih lagi bingung dengan jumlah jaringan. Jaringan pertama City sudah menggoyahkan permainan kami namun jaringan penyamaan cukup melegakan. Keputusan kad merah kepada Evans membunuh permainan United. Kami tetap melakukan serangan sekalipun ketinggalan 4-1 namun cukup setakat ini permainan United,” tambah Ferguson lagi.

Kemenangan besar itu memberi kedudukan yang selesa buat City di puncak liga meninggalkan United di tangga kedua dengan perbezaan lima mata.
Dikuasakan oleh Blogger.