Header Ads

Eee…I benci you tau!

WarkahDaily – Ambik engkau!, dah dah pecah tembelang engkau. Tak pasal-pasal orang tau siapa engkau.

Semalam dilaporkan seorang saksi ‘misteri’ dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggemparkan hari perbicaraan apabila orang yang dimaksudkan itu, Mohd Najwan Ali (gambar) bekas rakan sekolej kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan telah mengaku bahawa beliau mengenali Saiful sejak 2003 lagi.

Menurut Najwan, Mohd Saiful tidak pernah menganggap Anwar sebagai idolanya atau pun menyokong beliau sebelum pilihan raya umum 2008.

Padahal, kata Najwan, Saiful lazimnya pro-Barisan Nasional ketika berada di universiti, malah melabel Anwar sebagai seorang munafik dan tidak boleh dipercayai.

Najwan mengaku pernah tinggal berhampiran bilik Mohd Saiful ketika menuntut di Universiti Tenaga Nasional sebelum ini.

Dalam tempoh pergaulan Najwan bersama Mohd Saiful ketika di universiti, pengadu pernah pernah memuat turun gambar Anwar dalam laman sosialnya (friendster) dengan melabelkan 'Anwar pemimpin munafik'.

Padahal sebelum ini, Mohd Saiful sebagai saksi utama pernah memberi keterangannya berkata Anwar adalah pemimpin idolanya yang diminatinya sejak kecil lagi. Keadaan itu bercanggah dengan pendiriannya ketika di universiti seperti mana yang diberitahu oleh bekas rakan belajarnya.

Menurut Najwan lagi, Mohd Saiful merupakan seorang pelajar yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan.

“Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa. Dia ada kepimpinan. Tetapi dia gila publisiti,” beritahu Najwan.

Tambah Najwan lagi, beliau pernah melihat laman Friendster milik Saiful mempunyai banyak gambarnya bersama pemimpin Barisan Nasional (BN)termasuk Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Azalina Othman dan juga Datuk Mustafa Mohamed.

“Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik,” terang Najwan seperti dipetik dari Malaysiakini.

Najwan berkata beliau melihat Saiful di ceramah politik dan pengadu berkempen untuk BN pada 2008. Saksi bagaimanapun menafikan Saiful menjadikan idola Anwar seperti dalam pengakuannya.

“Dia benci Anwar,” kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

Najwan bersetuju dengan cadangan Yusof bahawa tidak pelik untuk menunjukkan gambar dengan menteri tetapi tidak bersetuju bahawa apa yang dikatakannya tentang Saiful sebagai spekulasi.

Najwan kini merupakan pegawai khas di pejabat penasihat ekonomi Selangor. Manakala perbicaraan akan ditangguhkan semula pada hari Khamis ini.
Dikuasakan oleh Blogger.