Header Ads

EPL: Chelsea mengalahkan Bolton 5-1, Lampard hatrik

WarkahDaily - Jaringan hatrik Frank Lampard dan dua gol Daniel Sturridge untuk Chelsea memberi amaran buat pesaing gelaran kejuaraan, Manchester United yang mereka juga mampu menjaringkan gol dengan jumlah yang besar selepas membelasah Bolton Wanderers 5-1 dalam saingan Liga Perdana England (EPL) di Stadium Reebok, Bolton pada Ahad.


HATRIK...Frank Lampard (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Bolton Wanderers dalam aksi EPL di Bolton, utara England pada 2 Oktober 2011. | foto Reuters
Lampard dan Sturridge meletakkan pasukan pelawat empat gol di hadapan ketika perlawanan berlangsung 27 minit sebelum Bolton menjaringkan satu gol melalui Dedryck Boyata selepas separuh masa pertama bermula.

Sturridge meledak gol pembukaan pasukan pelawat selepas dua minit perlawanan bermula melalui tandukan kemas hasil tendangan sudut Juan Mata.

Lampard, yang menjaringkan gol pada pertengahan minggu lalu dalam saingan Liga Juara-Juara ketika Chelsea seri 1-1 dengan Valencia, masih dikritik sebelum melengkapkan jaringan hatriknya pada minit ke-59 dengan sepakan rendah dengan kaki kanan dalam persembahan yang memukaukan bagi menutup mulut pengkritik yang mempersoalkan aksi hambarnya sejak akhir-akhir ini.

Chelsea mengutip 16 mata untuk berada di tangga ketiga liga memintas Newcastle United dengan kelebihan satu mata dan mengekori rapat di belakang Manchester United dan City dengan perbezaan tiga mata. Kedua-dua pendahulu liga mengutip 19 mata daripada tujuh perlawanan.
Dikuasakan oleh Blogger.