Header Ads

F1: Vettel juara berganda termuda

Sebastian Vettel dari Jerman muncul pelumba termuda menjuarai Formula One (F1) buat kali kedua berturut-turut meskipun menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan Grand Prix Jepun hari ini.


Pelumba F1 pasukan Red Bull, Sebastian Vettel dari Jerman meraikan kejuaraan bergandanya selepas menduduki tempat ketiga dalam GP Jepun di Litar Suzuka pada Ahad. | foto AP
Perlumbaan hari ini dimenangi oleh musuhnya dari Britain Jenson Button.

Pelumba 24 tahun dari Red Bull itu hanya memerlukan satu mata untuk menguasai mahkota buat tahun yang kedua.

Vettel, yang menjadi pemandu yang kesembilan memenangi kejuaraan dua tahun berturut-turut, memulakan perlumbaan hari ini dari petak yang ke-12.

Dengan tinggal hanya empat perlumbaan lagi Vettel mengatasi Button dengan kelebihan 114 mata.

Pemandu Ferrari Fernando Alonso menduduki tempat kedua, -Reuters
Dikuasakan oleh Blogger.