Header Ads

Gara-gara takut ke mahkamah, permohonan Najib tolak sepina didengar esok

WarkahDaily – Inilah kejadian paling kelakar di dunia apabila seorang Perdana Menteri begitu takut untuk hadir ke Mahkamah untuk menjadi saksi sesuatu kes

Kelmarin dulu, peguam yang mewakili Datuk Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah telah membuat permohonan mahkamah untuk menolak perintah sepina yang dikenakan ke atas pasangan itu berkaitan kes fitnah liwat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Najib dan isteri dipanggil peguam Anwar sebagai saksi, namun kedua-duanya cuba mengelak dan gerun untuk hadir sebagai saksi kerana mungkin bimbang tembelang mereka akan pecah.

Padahal sebelum ini, Najib begitu ‘galak’ dan sombong bercakap di pentas sendiri berseorangan, mendakwa dia la pendekar, dia la hero konon dia sanggup bongkar apa sahaja berkaitan kes Anwar dan boleh menyebabkan Anwar boleh demam jika semua ‘tembelang’ Anwar dibongkarnya.

Tapi bila Anwar melalui peguamnya memanggil Najib untuk menjadi saksi supaya niatnya untuk ‘mendemamkan’ Anwar tercapai, tiba-tiba si Najib pulak jadi pengecut tak tentu pasal sehingga sebelum ini secara diam-diam meminta mahkamah tidak memanggilnya sebagai saksi.

Apa nak takut, orang dah bagi peluang untuk bongkar apa sahaja yang terbuku di hati agar Anwar ‘demam’, tapi secara tiba-tiba Najib ‘terketar’ lutut.

Dipetik dari Keadailandaily, permohonan Najib elak dari menghadiri ke mahkamah sebagai saksi akan didengar pada 3 Oktober (esok) selepas peguamnya, Ghazi Ishak telah membuat permohonan itu di mahkamah bagi pihak Najib dan Rosmah.

“Kami diberikan afidavit balasan (oleh pasukan Anwar) lewat petang semalam.

“Kami mohon mahkamah memberikan masa secukupnya untuk meneliti afidavit itu seterusnya memutuskan samada mahu memfailkan afidavit balasan,” kata Ghazi Ishak sewaktu memulakan hujahnya pagi tadi.

Mahkamah sepatutnya bersidang pagi Isnin 3 Oktober namun peguam Karpal Singh memohon ia dilakukan pada waktu petang kerana sidang Parlimen juga akan bermula pada waktu yang sama Isnin depan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mengesahkan yang pasukan pendakwa raya tidak akan memfailkan sebarang afidavit balasan.

Najib dan isterinya diwakili peguam Datuk Sallehuddin Saidin, M Athimullah, Teh Poh Teik, Ghazi Ishak dan Afiffuddin Ahmad Afifi.

Najib dikehendaki dalam kes Fitnah II kerana beliau pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum saiful membuat laporan polis memfitnah Anwar meliwatnya.

Siapa yang takut tembelangnya terbongkar ni sebenarnya? Najib takut kantoi ke atau Anwar yang takut ‘demam’?
Dikuasakan oleh Blogger.