Header Ads

Gempa bumi Turki: 80 bangunan ranap, 279 terbunuh, 5 orang berjaya diselamatkan

WarkahDaily – Dilaporkan media antarabangsa, lima orang mangsa berjaya diselamatkan semalam dalam gempa bumi berukuran 7.2 skala richter yang melanda timur Turki pada Ahad.


MASIH HIDUP: Seorang lelaki berdiri di hadapan bangunan runtuh di Ercis, berhampiran bandar timur Turki Wilayah Van, pada 23 Oktober 2011. | foto Reuters
Setakat ini, dilaporkan 279 telah terbunuh dalam gempa kuat yang menyebabkan 80 bangunan tinggi telah runtuh di bandar Ercis, Wilayah Van.

Menurut pasukan penyelamat, mereka berjaya mengeluarkan lima orang termasuk dua kanak-kanak dan seorang lelaki yang menggunakan telefon bimbit untuk membawa penyelamat ke lokasinya.

Lelaki yang dikenali Yalcin akay itu telah menelefon talian kecemasan polis melaporkan keadaannya selepas mengalami kecederaan kaki dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan enam tingkat, seperti yang dilaporkan Associated Press (AP).

Selain mereka, turut diselamatkan ialah seorang wanita berusia 21 tahun yang turut terperangkap di bangunan yang sama selama hampir 27 jam.

Lapor media lagi, gegaran susulan yang kuat turut dirasai dalam tempoh 10 jam dengan magnitud sehingga 6.0.

Menteri Dalam Negeri Turki, Idris Naim Sahin berkata bahawa 80 bangunan yang tinggi telah runtuh di bandar Ercis, dengan orang-orang yang terperangkap di dalam 40 daripadanya.


SEDIH: Seorang wanita (pusat) bersedih dengan ibu bapanya yang kehilangan nyawa mereka dalam gempa bumi yang kuat di bandar Ercis dalam wilayah Van, Turki. | foto Getty Images
Penyelamat berusaha menggali untuk mangsa-mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan sehingga lewat malam.

“Kerja menyelamat diteruskan, terutamanya pada bangunan-bangunan di mana dianggarkan terdapat mangsa masih terselamat oleh pasukan penyelamat,” kata Sahin.

Angka kematian dijangka meningkat, tidak seteruk seperti yang dinyatakan pada awal kejadian, jelas Sahin.

“Mungkin ada kira-kira 100 orang (mangsa runtuhan).

“Tetapi kita tidak bercakap mengenai beribu-ribu,” jelas Sahin.

Daerah lain yang berhampiran Ercis seperti Celebibag turut terjejas. Dilaporkan ramai mangsa di bawah runtuhan bangunan menjerit meminta pertolongan, kata tempatan Datuk Bandar Veysel Keser.

Lapangan terbang Wilayah Van turut terjejas dan rosak akibat gempa itu dan pesawat yang dijadualkan ke lapangan terbang itu terpaksa dialihkan ke daerah berhampiran, Erzurum, 400 kilometer dari Van.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dilaporkan mati di bandar paling teruk terjejas, Ercis, menurut BBC. Ercis terletak 60 kilometer di utara Wilayah Van, 1,200 kilometer dari Ankara yang mempunyai penduduk seramai 380,000 orang.
Dikuasakan oleh Blogger.