Header Ads

Gempa di Turki: Angka korban 596 orang, usaha pencarian mangsa dihentikan

ERCIS: Jumlah korban akibat gempa bumi kuat di Turki, minggu lalu, meningkat kepada 596 orang semalam dan pihak berkuasa memutuskan untuk menamatkan pencarian mangsa terselamat sebaliknya memberi bantuan kepada ribuan keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Di Ercis, iaitu bandar paling teruk terjejas selepas gempa 7.2 pada skala Richter melanda Turki, 23 Oktober lalu, beberapa kedai dibuka semula dan bekalan elektrik disalurkan di beberapa kawasan.

Musim sejuk yang bakal bermula meningkatkan lagi kebimbangan sebahagian penduduk Turki yang terpaksa bermalam dalam cuaca sejuk sejak enam malam berturut-turut.

“Lebih 43,000 khemah diedarkan tetapi lebih banyak diperlukan kerana orang ramai menuntut khemah daripada kerajaan walaupun rumah mereka tidak rosak teruk kerana mereka berasa lebih selamat tinggal di dalam khemah," menurut laman sesawang jabatan pengurusan bencana Turki.
Dikuasakan oleh Blogger.