Header Ads

GP Kebangsaan 2011: Misbun lakar kejutan, berdepan Chong Wei di separuh akhir

WarkahDaily – Anak bekas ‘sifu’ Datuk Lee Chong Wei, Misbun Ramdan melakarkan kejutan apabila muncul juara kumpulan C selepas menundukkan finalis tahun lepas, Mohd Ariff Abdul Latif dalam saingan suku akhir Sirkit Grand Prix (GP) Kebangsaan Proton 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Misbun, 20 (gambar) mengambil masa 39 minit untuk menewaskan Mohd Arif 21-18, 10-21, 22,20.

Dengan kemenangan itu, Misbun akan berhadapan tugas mencabar apabila akan membuat perhitungan dengan juara kumpulan A yang juga pemain nombor satu dunia, Chong Wei di separuh akhir kejohanan itu hari ini.

Bekas anak didik Misbun Sidek itu layak ke separuh akhir selepas begitu mudah menundukkan Lok Chong Chieh 21-18, 21-15 dalam tempoh 34 minit.

Ini merupakan kali pertama anak Misbun Sidek bertemu dengan bekas anak didik ayahnya sendiri dan bakal mendapat tumpuan selepas Misbun Ramdan turut mengakui akan mendapat nasihat daripada bapanya sebelum pertemuan itu.
Dikuasakan oleh Blogger.