Header Ads

GP Kebangsaan: Chong Wei juara kali ke-10 berturut- turut

WarkahDaily – Tiada siapa lagi dapat menafikan kehebatan jaguh badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei apabila beliau kini dinobat sebagai juara buat kali ke-10 berturut-turut dalam aksi perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Sirkit Grand Prix Kebangsaan di Stadium Juara Bukit Kiara kelmarin.


JUARA 10 KALI: Lee Chong Wei memegang trofi kejuaraan bagi Kejohanan Grand Prix Proton Kebangsaan 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Sabtu. | foto The Star
Chong Wei mara ke final selepas menumpaskan anak kepada bekas ‘sifunya’, Misbun Ramdan dalam aksi separuh akhir Jumaat lepas. Chong Wei menang 21-10, 21-14 ke atas Misbun Ramdan dalam perlawanan itu.

Dalam aksi final, Chong Wei sekadar mengambil masa tidak sampai setengah jam untuk menundukkan pemain muda berusia 21 tahun Goh Soon Huat dengan kemenangan 21-11, 21-5. Chong Wei membaca pulang wang tunai RM7,000 dan piala pusingan.

Dengan kemenangan ke-10 berturut-turut ini, Chong Wei dilihat mahu ‘pencen’ dari kejohanan sirkit Kebangsaan itu.

“Saya telah capai sasaran saya kali ini dan berharap BAM (Persatuan Badminton Malaysia) faham dengan keputusan saya untuk tidak menyertai pertandingan ini pada tahun depan," kata Chong Wei.



Keputusan penuh kejohanan:

Peseorangan Lelaki:
Datuk Lee Chong Wei menang ke atas Goh Soon Huat [21-11, 21-5].

Peseorangan Wanita:
Lydia Cheah menang ke atas Tee Jing Yi [21-14, 21-17].

Beregu Lelaki:
Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Ong Soon Hock menang ke atas Lutfi Zaim/Vountus Indra Mawan [19-21, 21-15, 21-19].

Beregu Wanita:
Vivian Hoo/Won Khe Wei menang ke atas Chin Eei Hui/Goh Liu Ying [17-21 21-15 21-15].

Beregu Campuran:
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menang ke atas Tan Wee Kiong/Woon Khe Wei [21-15, 21-14].
Dikuasakan oleh Blogger.