Header Ads

Hari Raya Aidiladha disambut pada 6 November

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011,” katanya dipetik Bernama.

Sumber: The Malaysian Insider
Dikuasakan oleh Blogger.