Header Ads

Jakunnya Malaysia, semua golongan profesional kena sokong Umno 100%

WarkahDaily – Kes penggantungan Prof Dr Aziz Bari telah membuka mata banyak pihak bagaimana ruang lingkup kebebasan dan demokrasi di negara ini tertutup rapat. Hanya mereka yang pandai mengampu, sebulu dengan pemerintah sahaja akan dibiarkan hidup senang dan selesa.

Institusi pengajian tinggi yang disanjung selama ini begitu senang dinodai dengan kerakusan pihak pemerintahan. Hanya mereka yang 100% mengampu pemerintah sahaja yang selamat walaupun ilmunya tak serupa bikin.

Aziz Bari disiasat

Pakar undang-undang, Prof Dr Aziz Bari sebelum ini dilaporkan berdepan dengan siasat mengikut Akta Hasutan selepas laporan polis dibuat terhadap beliau oleh beberapa kaum kerabat Umno termasuk ‘raja sesumpah’ Sdr Ezam konon berlaku biadap dan derhaka kepada institusi raja Melayu.

Puncanya selepas Aziz Bari dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berkaitan tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim seperti yang dilaporkan Malaysiakini.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam negeri, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Abdul Aziz sehari kemudian menjelaskan bahawa Akta Hasutan 1948 memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi itu.


UIA di bawah kerajaan BN mula bertindak

Rentetan itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pensyarah undang-undangnya itu berkaitan isu kontroversi berkenaan. Sudah tentu pihak universiti mendapat arahan pihak atasan dalam tindakan luar biasanya itu.

UIA turut menggantung tugas Aziz Bari seperti yang dilaporkan peguamnya, Dr Dzulkarnain Lukman dan memaklumkan Aziz turut dilarang berhubung dengan mana -mana kakitangan universiti yang mempunyai kepentingan.

Menurut Malaysiakini, pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Tindakan UIA hina IPT

Jelas sekali tindakan tidak bertamadun UIA berasaskan arahan atasan itu sangat berlawanan dengan amalan institusi pengajian tinggi (IPT) yang sepatutnya memberi kebebasan kepada kakitangannya untuk berfikir dan berhujah dengan percambahan pendapat di luar lingkungan supaya percambahan ilmu dapat dimanfaatkan oleh IPT itu sendiri.

Pendapat seorang cendekiawan pun tidak semestinya selari dengan apa yang sudah dimiliki IPT bahkan ada yang berlainan dengan apa yang diperolehi sebelum ini (berlainan pendapat) agar ilmu sentiasa berkembang dan tidak terbantut di ruang lingkup katak bawah tempurung sahaja. Kata nak maju seluruh dunia tapi menuju ke belakang.

Datuk Seri Mohammad Nizar
Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, tindakan UIA terhadap Aziz Bari itu adalah tragedi baru serta satu penghinaan kepada IPT yang dihormati di negara ini.

"Saya berpendapat tindakan tersebut adalah satu tragedi dan juga penghinaan kepada institusi pengajian tinggi terutamanya UIAM, yang mana kita tahu universiti tersebut adalah sebuah universiti antarabangsa yang mendapat pengiktirafan dunia.

"Saya melihat seolah-olah ada tangan-tangan tentu yang mengarah agar dikeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Aziz," jelas Nizar di parlimen seperti yang dipetik dari Harakahdaily.

UIA hina tokoh akademik

Kata Nizar lagi, ia merupakan penghinaan kepada tokoh-tokoh akademik yang telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk berbincang serta membahas isu-isu yang ada di negara ini tetapi dikenakan tindakan jika tidak disenangi oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya tekankan di sini seolah-olah ada satu arahan yang dibuat oleh pihak atasan barangkali ada pihak dalam Umno Barisan Nasional yang merasakan apa yang didedahkan oleh Abdul Aziz itu akan memberi kesedaran yang meluas kepada warga akademik dan juga rakyat,” kata Nizar.

Nizar berpendapat, tindakan itu merupakan satu sekatan untuk tokoh akademik bebas berpendapat serta merupakan satu sejarah baru dalam dunia akademik negara ini dan akan menyebabkan seluruh dunia memandang serong kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Dikuasakan oleh Blogger.