Header Ads

Jawatan Ketua Menteri: Perjuangan Umno hanya sia-sia

WarkahDaily – Kedengaran beberapa pemimpin Umno negeri Pulau Pinang sebelum ini yang mahu menuntut kembali kedudukan Umno sebagai ketua di negeri itu. Namun kini, cita-cita itu dinyahkan terus oleh satu ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang tidak mahu menuntut jawatan Ketua Menteri jika Umno-BN dapat merampas kembali kerajaan Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat (PR).


Najib merasmikan persidangan perwakilan nasional parti Gerakan kali ke-40, pada Sabtu lepas.
Keputusan yang dibuat Najib itu memperlihatkan seolah-olah Najib memperlekeh kedudukan Umno di negeri berkenaan yang tidak mungkin untuk kembali menuntut kedudukannya sebagai ketua dalam perikatan BN di Pulau Mutiara itu.

Dipetik daripada Malaysiakini, Najib berkata, Umno tidak akan menuntut untuk mengetuai pentadbiran negeri Pulau Pinang sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu dalam pilihan raya akan datang.

Walaupun dilaporkan ketua perhubungan Umno Pulau Pinang turut bersetuju dengan keputusan yang diumumkan Najib itu, namun tuntutan sebelum oleh akar umbi Umno hanyalah sia-sia sahaja. Jelas kepimpinan Umno pusat dan negeri sekadar meminggirkan suara akar umbi Umno Pulau Pinang yang mahukan perkara sebaliknya.

“Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat,” kata Najib selepas merasmikan persidangan nasional parti Gerakan pada Sabtu lepas.

Najib bagaimanapun menjelaskan, keputusan berkenaan hanya pendirian Umno dan masih perlu dibincangkan dalam BN.

“Tapi ianya tidak akan jadi calon (ketua menteri) Umno,” katanya lagi.


Zainol bertindak mengoyak gambar Koh Tsu Koon di pejabat Umno negeri.
Jika keadaan itu berterusan, pekik dan melalak beberapa golongan Umno sebelum ini konon memperjuangkan Melayu dan mahukan kedudukan Melayu terjamin di negeri berkenaan yang kononnya kini terpinggir di bawah PR, hanyalah sekadar gimik murahan dan hipokrit dalam perjuangan rasis mereka.

Sudah tentu sekali lagi Umno Pulau Pinang terpaksa tunduk kepada Gerakan walaupun sebelum ini berlaku perang besar antara Umno dengan Gerakan. Dalam peristiwa berkenaan, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim telah bertindak di luar dugaan apabila beliau telah menurunkan gambar Koh Tsu Koon dari dinding ibupejabat Umno Pulau Pinang.

Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh Tsu Koon dari bingkai gambar dan mengoyaknya sambil menggesa Gerakan keluar dari BN.

Namun, ‘keberanian’ Umno hanyalah sementara sahaja, kini terpaksa menjilat balik ludahnya sebelum ini dah terpaksa akur dengan keputusan Gerakan mengetuai BN di Pulau Pinang.

Jadi, selepas ini, apa lagi alasan Umno mahu memperjuangkan Melayu di negeri itu. Apa lagi yang Umno mahu bawa untuk Melayu di negeri itu walaupun dah berpuluh-puluh tahun diperintah BN sebelum ini, Melayu semakin terpinggir dan semakin dibiarkan terus miskin.

Sah la, Umno mendakwa mereka mahu perjuangkan Melayu di negeri berkenaan hanyalah permainan politik semata-mata, walhal apa yang realitinya, Umnolah yang menindas Melayu di negeri itu sebelum ini ketika Pulau Pinang diperintah BN.

Jelas, perjuangan Umno di Pulau Pinang hanyalah sia-sia sahaja. Bising berdegar-degar, akhirnya terpaksa akur juga dengan Gerakan.
Dikuasakan oleh Blogger.