Header Ads

Kepimpinan Najib mahu singkir Pak Lah?

WarkahDaily – Selepas pemimpin kanan Umno berjaya menyingkirkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi daripada jawatan presiden Umno-BN, kini kedengaran pula kedudukannya di kerusi parlimen Kepala Batas turut tergugat.

Tun Abdullah (Pak Lah)
Jika benar berita ini, begitu malang Tun Abdullah (Pak Lah) diperlakukan pemimpin Umno terhadapnya sehingga bukan sahaja ‘dijatuhkan’ daripada jawatan tertinggi yang hanya dipertahankan selama satu penggal sahaja, bahkan kepimpinan Umno hari ini dilihat terus mahu menidakkan kedudukan Pak Lah di parlimen.

Dipetik dari Utara News, Umno pusat mempertimbangkan dua nama bagi menggantikan Pak Lah di Kepala Batas walaupun penyandangnya belum lagi mahu mengundurkan diri.

Antara nama yang disebut bakal menggantikan Pak Lah di Kepala Batas ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Dato Seri Reezal Merican dan juga Adun Penaga iaitu Datuk Azhar Ibrahim.

Parlimen Kepala Batas merupakan antara kerusi panas yang diberi tumpuan oleh Umno dalam usaha merampas Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat (PR).

Reezal Merican
Menurut Utara News lagi, selain dua nama berkenaan, difahamkan turut tersenarai dua lagi nama yang dipertimbangkan untuk mengisi kerusi di kubu kuat UMNO tersebut. Namun nama Reezal Merican yang paling kerap diperkatakan.

Jika ‘kehadiran’ Reezal menjadi kenyataan, Pak Lah ibarat tiada guna lagi dalam Umno dan tiada budi yang dikenang buat bekas Perdana Menteri itu walaupun di parlimen yang diwakilinya.

Kerusi lain yang turut diberi perhatian ialah Nibong Tebal, Bagan, Permatang Pauh, Tasek Gelugor, Bayan Lepas, Balik Pulau dan juga Bukit Gelugor.

Keadaan itu menunjukkan pilihanraya umum (PRU) ke-13 sudah semakin hampir dan dilihat beberapa kumpulan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah mula melobi bakal calon yang akan bertanding dalam PRU nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.