Header Ads

Keputusan Liga Juara-Juara: Barca, Milan menang, Arsenal bernasib baik, Chelsea kenduri gol

Juara bertahan, Barcelona mudah menewaskan kelab Republik Czech, Viktoria Plzen 2-0 dalam saingan kumpulan H Liga Juara-juara Eropah di Nou Camp awal pagi semalam.

Serangan gandingan Lionel Messi dan Andrei Iniesta mudah meletakkan Barca di hadapan seawal minit ke-10 dengan Iniesta mudah menyumbat masuk gol pembukaan.

David Villa melengkapkan kemenangan 2-0 Barca selepas menolak masuk bola muntah percubaan Messi sepuluh minit sebelum permainan tamat untuk memberikan tiga mata penuh kepada Barca.

Dalam satu lagi perlawanan kumpulan H, AC Milan menumpaskan BATE Borisov juga 2-0 di San Siro.

Zlatan Ibrahimovic membuka jaringan Milan pada minit ke-33 sebelum Kevin Prince Boateng menghasilkan gol kedua pada minit ke-70.

Milan kini di tempat kedua kumpulan H dengan perkongsian tujuh mata bersama Barcelona.

Dalam kumpulan F pula, kelab Inggeris, Arsenal bernasib baik menewaskan Marseille 1-0 di Perancis.

Aaron Ramsey menjadi penyelamat the Gunners dengan jaringannya pada minit-minit kecederaan dalam perlawanan yang menyaksikan enam kad kuning dilayangkan.

Satu lagi perlawanan kumpulan F menyaksikan Olympiakos Piraeus mengejutkan juara Jerman, Borussia Dortmund 3-1.

Kelab Inggeris, Chelsea mengamuk di tempat sendiri apabila membelasah Racing Genk 5-0.

Penyerang sensasi, Fernando Torres menyumbat dua gol (min 11, 27) untuk membantu kelab London itu berada di tangga teratas kumpulan.

Lain-lain gol dijaringkan oleh Raul Meireles pada minit kelapan, Brainslav Ivanovic (min-42) dan Salomon Kalou (min-75).

Satu lagi perlawanan kumpulan E menyaksikan Bayer Leverkusen menewaskan Valencia 2-1.

Lain-lain keputusan memyaksikan FC Porto seri 1-1 lawan APOEL Nicosia manakal Shakhtar Donetsk seri 2-2 menentang Zenit St. Petersburg.
Dikuasakan oleh Blogger.