Header Ads

Laman web FAM digodam: Logo Harimau Belang diubah suai

Laman sesawang rasmi milik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), www.fam.org.my digodam individu tidak bertanggungjawab sekitar jam 12 tengah malam tadi.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh peminat yang tidak berpuas hati dengan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 yang dijadualkan dilangsungkan hari Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Ini berasaskan muka depan 'web site' tersebut telah diubah sama sekali dengan logo persatuan yang sepatutnya menampilkan harimau belang itu turut diubah suai.

Malah kata-kata kesat berbaur kecaman turut dilemparkan terhadap badan induk itu sambil artikel daripada akhbar tabloid Harian Metro dengan tajuk 'Harga tiket RM50 wajar' menjadi paparan utama.

Kelmarin, Wisma FAM di Kelana Jaya telah dibaling lima bungkus plastik yang mengandungi cat merah oleh individu yang menaiki motorsikal.
Dikuasakan oleh Blogger.