Header Ads

Liga Juara-Juara: Real Madrid belasah Lyon, Manchester United menang penalti

Kelab-kelab ternama Eropah cemerlang mengharungi peringkat kumpulan Liga Juara-juara Eropah dengan masing-masing mencatat kemenangan awal pagi tadi.


KARIM Benzema meledakkan gol pertama Real Madrid dalam pertemuan dengan Lyon di Santiago Bernabeu dalam aksi kumpulan D Liga Juara-Juara Eropah semalam. | foto Reuters
Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid bergaya menumpaskan Lyon 4-0 di Santiago Bernabeu dalam kumpulan D.

Penyerang sensasi dari Perancis, Karim Benzema meletakkan Real di hadapan seawal minit ke-19 sebelum Sami Khedira menggandakan gol dua minit selepas babak kedua bermula.

Kesilapan penjaga gol Lyon, Hugo Lloris yang menepis masuk bola hantaran kurang merbahaya daripada Mesut Ozil memberi Real tiga gol di hadapan.

Pertahanan Real, Sergio Ramos menjaringkan gol terakhir 10 minit sebelum perlawanan tamat untuk melengkapkan kemenangan bergaya Real.

Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United pula terpaksa bergantung kepada dua sepakan penalti untuk mencatat kemenangan 2-0 keatas Otelul Galati.

Sepakan penalti Wayne Rooney pada minit ke-64 dan minit kecederaan melengkapkan kemenangan United di dalam perlawanan yang menyaksikan dua kad merah dilayangkan.

Satu lagi kelab dari England, Manchester City pula menang tipis 2-1 lawan Villarreal di Stadium Etihad.


WAYNE Rooney membantu Manchester United untuk menang 2-0 ke atas Otelul Galati dari Romania dalam Liga Juara-Juara. Kedua-dua gol menerusi sepakan penalti. | foto TCP
Cani membuka jaringan untuk pasukan perlawat seawal minit keempat.

Gol sendiri oleh pertahanan Villarreal, Carlos Marchena memberi City gol penyamaan sebelum babak pertama berakhir.

Sergio Aguero menjadi wira City dengan gol kemenangan pada waktu kecederaan.

Dalam pada itu, perlawanan-perlawanan lain menyaksikan Napoli seri 1-1 lawan Bayern Munich di tempat sendiri.

CSKA Moscow cemerlang membelasah Trabzonspor 3-0 di Moscow. Kelab gergasi Itali, Inter Milan menang tipis 1-0 keatas Lille di Perancis.

Kelab Switzerland, Basel tumpas 2-0 kepada Benfica di laman sendiri. Ajax pula membawa pulang tiga mata selepas menang 2-0 keatas Dinamo Zagreb.
Dikuasakan oleh Blogger.