Header Ads

Liga Perdana Inggeris: Arsenal kalah lagi, pasukan Tony Fernandes kena ratah

WarkahDaily – Skuad kendalian Arsene Wenger semakin tidak keruan apabila kekalahan demi kekalahan menimpa pasukannya dalam tujuh perlawanan, mereka kalah empat kali.


Pemain Tottenham Hotspur, Gareth Bale (kanan), cuba melepasi pertahanan Arsenal, Bacary Sagna dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris di Stadium White Hart Lane, London pada Ahad, 2 Oktober 2011. | foto AP
Perlawanan semalam menyaksikan tuan rumah, Tottenham Hotspur memastikan Arsenal tersungkur apabila menewaskan jiran tetangganya dari utara London itu 2-1 di White Hart Lane.

Kekalahan itu membuatkan buat Arsene Wenger dalam kesengsaraan mengenang nasib menimpa kelabnya selepas berhadapan perpindahan dua pemain ternamanya sebelum ini. Kekalahan itu bertambah pedih apabila bek kanan, Bacary Sagna bakal direhatkan selama tiga bulan kerana patah kaki ketika pertemuan semalam.

Bagi Spurs pula, Rafael van der Vaart dan Kyle Walker muncul wira buat Spurs apabila meletakkan pasukannya 2-1. Pada awal perlawanan, Spurs terlebih dahulu menjaringkan gol sebelum Arsenal menyamakan kedudukan melalui Aaron Ramsey pada minit ke-51.

Dalam perlawanan lain, pendatang baru yang baru sahaja dimiliki jutawan dari Malaysia, Queens Park Rangers (QPR) begitu mudah diratah Fulham 6-0.

Fulham turun dengan misi memburu kemenangan pertama dalam saingan liga musim ini dilihat begitu mudah membelasah QPR yang nampak tidak terdaya untuk menyaingi anak buah Martin Jol itu di Craven Cottage.


BERSAING…Penjaring gol pertama Swansea, Scott Sinclair (kiri) cuba merebut bola dari kawalan pemain Stoke, Robert Huth di Stadium Liberty semalam. | foto Action Images
Andy Johnson menjadi wira selaku peledak hatrik pasukan bagi memastikan Fulham mengutip tiga mata pertama saingan liga.

Satu lagi pertemuan antara Swansea City yang menerima kunjungan Stoke City di laman sendiri di Stadium Feisty Liberty begitu gah apabila Scott Sinclair dan Danny Graham meletak pasukan tuan rumah di depan dengan kemenangan 2-0.

Gol pembukaan menerusi tendangan penalti Sinclair pada minit ke-9 memberi semangat kental buat kelab pendatang baru itu untuk memburu kemenangan liga.

Graham terus menambah derita Stoke apabila menjaringkan gol kedua Swansea dim init ke-85 menjadi 2-0 sehingga wisel penamat.
Dikuasakan oleh Blogger.