Header Ads

Liverpool menang ke atas Everton

ENGLAND: Jaringan Andy Carroll dan Luis Suarez menghadiahkan kemenangan bermakna buat Liverpool dalam pertembungan derby dengan Everton di Goodison Park.


Everton tersentak apabila pengadil Martin Atkinson menghukum kekasaran Jack Rodwell (memegang kepala) ke atas Luis Suarez dengan kad merah. | foto AFP
Namun perlawanan itu dicemari kontroveri susulan kad merah yang dilayangkan terhadap Jack Rodwell meskipun terjahan itu tidak membahayakan malah turut berjaya merebut bola.

Insiden pada minit ke-23 itu merubah rentak permainan dan Dirk Kuyt terlepas meletakkan The Reds di depan apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti yang ditepis Tim Howard.

Namun pemburuan gol pelawat akhirnya berakhir apabila hantaran Luis Enrique sampai di kaki Andy Carroll untuk disempurnakan.

Suarez kemudian menyumbat gol kelimanya musim ini lapan minit sebelum permainan berakhir hasil kesilapan pemain pertahanan. –D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.