Header Ads

Malaysia ketinggalan 0-4 kepada Australia di separuh masa pertama

WarkahDaily – Tiga minit perlawanan, ketika pemain Malaysia belum lagi dapat menyentuh bola, Australia sudah pun dapat menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan persahabatan di Stadium Canberra, Sydney, Australia petang Jumaat, waktu Malaysia.

Mungkin ada beberapa pihak yang tidak berpijak di bumi yang nyata cuba membuat andaian, skuad Harimau Malaya bakal melakukan kejutan ke atas Australia, namun sebaliknya berlaku, skuad Rajagopal yang terkejut dengan skill permainan tinggi yang ditunjukkan pemain-pemain Australia.

Kelemahan skuad Rajagopal jelas begitu ketara sekali petang ini, sehinggakan hampir tiada peluang pemain Malaysia dapat menembusi pertahanan Australia. Penguasaan bola, 90% dikuasai pemain Australia. Kubu Malaysia diasak bertubi-tubi sehinggakan pertahanan Malaysia begitu mudah untuk menyerah kalah dengan membiarkan sahaja pertahanan sendiri ‘digula-gulakan’ penyerang tuan rumah untuk tempoh separuh masa pertama.

Kelekaan pertahanan, kelemahan control bola, hantaran seperti budak sekolah, memberi satu kredit buat pasukan negara Kanggaro itu membelasah anak buah Rajagopal untuk separuh masa pertama dengan empat gol.

Keputusan terkini, Malaysia ketinggalan 0-4 kepada Australia.
Dikuasakan oleh Blogger.