Header Ads

Manaf Mamat sedia gempur pertahananan Negeri Sembilan

Penyerang berbisa Manaf Mamat tidak melihat kecederaan buku lali kanannya sebagai halangan besar untuk dia beraksi cemerlang pada pentas final Piala Malaysia Sabtu ini.

Walaupun tidak menjalani sebarang latihan bersama skuad selepas perlawaan separuh akhir kedua baru baru ini, Manaf menegaskan kecederaan yang di alami itu sudahpun beransur pulih.

Dia yang sudah boleh berlari pada Rabu, yakin mampu memberikan khidmat seratus peratus, merangka strategi terbaik bersama dua lagi pemain di bahagian serangan iaitu Ashaari Shamsuddin serta Abdul Hadi Yahya merealisasikan gandingan mantap untuk merobek pertahanan Negeri Sembilan.

Sementara itu bagi kapten Terengganu Marzuki Yusof, bahagian sayap Negeri Sembilan yang di barisi S. Kunalan serta Shahurain Abu Samah adalah sasaran utama yang perlu di patahkan, bagi menyekat sebarang peluang hadir kepada penyerang yang cukup di kenali dengan tandukan kemasnya iaitu hairuddin omar.

Marzuki yang membuat kemunculan kedua di pentas final dalam masa 10 tahun bersama Terengganu nekad mahu mengulangi kejayaan manis itu selepas kejuaraan Piala FA menjadi milik mereka musim ini.

Pemain berusia 24 tahun ini telah berjaya menjaringkan 6 gol pada saingan Piala Malaysia kali ini dan juga menjuarai Piala FA 2011, naib juara Liga Super 2011 dan memenangi emas di Sukan Sea 2009.
Dikuasakan oleh Blogger.