Header Ads

Ong Tee Keat mahu BN tolak Chuai Soi Lek

WarkahDaily – Krisis dalaman sudah tidak dapat dielakkan lagi dalam Barisan Nasional (BN). Ia sudah membarah bukan sahaja dalam Umno, bahkan boleh dikatakan semua parti komponennya mempunyai masalah dalaman. Dah tua, bawak-bawaklah berehat pulak!

Kita bukan dah lupa, bagaimana perebutan pengaruh dan jawatan yang berlaku dalam Umno di mana-mana negeri. Ada yang baling kerusi, ada yang sanggup ‘cah keting’, ada yang sanggup sabotaj rakan sendiri. Salah satu contoh boleh lihat di sini.

MIC pulak, bukan kita tidak tahu, bagaimana presiden sekarang, Senator Datuk G Palanivel yang terpaksa berhadapan tekanan ditolak menjadi calon di pilihanraya kecil (PRK) Hulu Selangor sebelum ini walaupun pada awalnya dilaporkan Samy Vellu yang menjadi presiden presiden ketika itu mahu meletaknya sebagai calon sehingga ada pemuda MIC dipecat kerana secara terang-terangan menolak cadangan Samy itu.

Gerakan pula, yang terbaru, presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon yang dicemuh oleh ahli-ahlinya kerana beliau lah Gerakan hilang Pulau Pinang kepada DAP. Tsu Koon dilabel oleh Gerakan Pulau Pinang sebagai tidak bertindak, berbuat apa-apa untuk Gerakan di negeri itu apabila pengaruh DAP di pulau mutiara itu semakin melebar.

Yang paling baru, MCA yang tidak putus-putus ‘dikunjung’ kontroversi kepimpinan mereka semenjak krisis kepimpinan yang dihadapi selepas skandal seks yang dihadapi Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Krisis dalaman MCA semakin buruk selepas Dr Chua melepaskan jawatannya, menteri kesihatan selepas mengaku bahawa beliau adalah lelaki yang terlibat dalam skandal video seks yang melibatkan teman wanitanya.

Namun dia kembali semula untuk memenangi jawatan timbalan presiden, selepas dua pemimpin atasan MCA melepaskan jawatan mereka.

Parti itu seterusnya memecat Dr Chua pada Ogos 2009 berhubung skandal seks beliau, mencetuskan desakan agar diadakan perhimpunan tergempar sehingga membawa kepada undi tidak percaya ke atas bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.

Dalam pertembungan itu, Dr Chua menjadi presiden MCA pada Mac 2010 pada pemilihan baru. Beliau menewaskan Ong dan bekas presiden, Tan Sri Ong Ka Ting.

Memandangkan usaha melobi menjadi calon pilihanraya umum (PRU) ke-13 menjadi begitu sengit dari kalangan pemimpin MCA, Ong yang ‘bermusuhan’ dengan Chua cuba ‘menyingkir’ presiden MCA itu dengan memberi kenyataan yang mengungkit skandal seks yang dihadapi Chua.

Dipetik dari The Malaysian Insider, bekas presiden MCA itu berkata, Dr Chua Soi Lek bukan seorang ‘calon yang boleh menang’ kerana skandal seks 2007 yang terpalit padanya dan akan memberi liabiliti besar terhadap BN dalam PRU ke-13.

Kata Ong, skandal seks Dr Chua akan terus menghantui presiden MCA dan juga BN.

“Adakah beliau calon yang boleh menang? Saya tidak melihat rakyat Malaysia boleh terima beliau.

“Memang beliau mahu bertanding. Beliau berkata lima bahagian mahu beliau bertanding dan ramai termasuk diri beliau akan berkata bahawa salah laku atau tindakan tidak bermoral bukan alasan untuk menafikan beliau hak untuk bertanding,” katanya lagi.

Kata Ong, jika Dr Chua bertanding ia akan menjadi ujian asid berhubung nilai diri seseorang.
Dikuasakan oleh Blogger.