Header Ads

Pasar RM9.3 juta: Baru je Muhyiddin rasmi tapi dah rosak

WarkahDaily – Inilah dia contoh jelas ‘keprihatinan kerajaan (BN) terhadap golongan peniaga’ seperti didakwa Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian Pasar Baru Kedai Buloh oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 20 September lalu.

Pasar yang terletak di daerah Marang, Terengganu itu berharga RM9.3 juta mula dibina pada awal 2007 di atas kawasan seluas 1.5 hektar, menempatkan 16 unit kedai makan, 128 gerai kering, buah-buahan dan sayuran, 44 gerai basah dan 18 lot kedai pelbagai barangan.

Namun apa yang mengejutkan, pasar berkenaan sudah pun mengalami kerosakan walaupun ianya baru sahaja beroperasi selepas dirasmikan Muhyiddin bulan lepas.

Menurut Sinar Harian, beberapa peniaga yang ditemuinya mendakwa, terdapat keretakan pada bahagian tepi bangunan itu termasuk sistem aliran air longkang yang tidak berfungsi dengan sempurna, sehingga menyebabkan saluran terbabit tersumbat dan berbau busuk.

Selain itu, atap bangunan pasar baru itu turut dilaporkan mengalami kebocoran.

Seorang peniaga yang ditemui, Mohd Salahuddin Yusof, 31, berkata, kemudahan air juga tidak disediakan di dalam tandas pasar itu menyebabkan keadaan persekitaran menjadi busuk sehingga memberikan kesan buruk kepada peniaga.

“Masalah itu telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab, namun masih belum ada sebarang tindakan bagi menanganinya. Sewajarnya kekurangan ini diatasi segera untuk memberikan keselesaan peniaga dan pengunjung,” katanya.

Peniaga buah-buahan, Mohd Yusof, 53, pula berkata, pendapatan peniaga kini semakin merosot berbanding ketika menjalankan perniagaan di pasar lama Kedai Buloh yang terletak berdekatan bangunan baru berkenaan.

Menurutnya, kemerosotan pendapatan peniaga itu mungkin boleh diatasi jika setiap masalah bangunan pasar dibangkitkan peniaga dapat diselesaikan pihak pengurusan bangunan.

Jelas sekali, apa yang dimaksud ‘keprihatinan kerajaan (BN) terhadap golongan peniaga’ oleh pemimpin Umno hanyalah gula-gula untuk berdepan pilihanraya yang tidak lama lagi.

Semua dah sedia maklum, setiap projek yang dilakukan kerajaan BN bukan kerana prihatin kepada rakyat tetapi ‘imbuhan’ besar buat kroni yang dapat projek berkenaan. Duit dah lebur, tapi hasil macam sampah! Umno bahagian dah pulun duit, rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan masalah.

Tambah-tambah ianya di Terengganu yang sudah masyhur seluruh dunia berkaitan isu bangunan runtuh walaupun ianya baru dibina. Duit rakyat jutaan ringgit lebur begitu sahaja tanpa ada ganti. Sah pemimpin Umno-BN jenis yang tidak bertanggungjawab!

Dikuasakan oleh Blogger.