Header Ads

Pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2011

WarkahDaily – Empat pasukan terbaik mara ke aksi separuh akhir Piala Malaysia musim 2011. Terengganu catat sejarah selepas dua wakilnya berjaya mara iaitu pasukan negeri dan kelab T-Team.

Terengganu mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2011 selepas menewaskan juara bertahan, Kelantan dengan agregat 5-3. Sebelum itu, Terengganu menang 3-1 di Kuala Terengganu dalam aksi suku akhir yang penuh dengan kad merah sebelum seri 2-2 perlawanan di Kota Bharu.

Manakala Selangor yang kurang konsisten di awal kejohanan turut mara selepas menumbangkan Perak dengan agregat 4-1 selepas berjaya menewas Perak 3-1 di Shah Alam dan 1-0 di Ipoh dalam suku akhir.

Satu lagi wakil dari Terengganu, pasukan berstatus kelab, T-Team mencatat sejarah apabila berjaya buat pertama kali ke separuh akhir Piala Malaysia selepas membenam wakil Borneo, Sabah dengan agregat 4-2. Sebelum itu, T-Team menewaskan Sabah 2-1 di Sabah dan turut menang 2-1 di Kuala Terengganu.

Satu lagi pasukan yang mara ke separuh akhir, Negeri Sembilan bangkit dari kekalahan 0-1 dalam pusingan pertama suku akhir kepada Felda United di Paroi. Negeri Sembilan berjaya menewaskan Felda 3-0 dalam pusingan kedua dan mara dengan agregat 3-1.

Pasukan mara ke separuh akhir

Terengganu
Selangor
T-Team
Negeri Sembilan

Jadual perlawanan separuh akhir pertama hari ini [18 Oktober 2011]

Selangor vs Terengganu
Stadium Shah Alam, Selangor
Siaran langsung di RTM TV1 [8.45 malam]

T-Team vs Negeri Sembilan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Siaran langsung di Astro Arena 801 [8.45 malam]

Dikuasakan oleh Blogger.