Header Ads

Piala Malaysia: Sah Terengganu bertemu Negeri Sembilan di final

WarkahDaily - Terengganu dan Negeri Sembilan telah mengesahkan tiket ke perlawanan akhir awal malam ini. Terengganu terus momentum kemenangan apabila membenam Selangor buat kali kedua di separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasharuddin, Kuala Terengganu malam ini. Terengganu menang 2-1.

Gol Terengganu dijaringkan oleh Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin manakala Selangor memperolehi gol tunggal hasil tandukan Safiq Rahim di penghujung perlawanan. Terengganu mara ke perlawanan akhir dengan agregat 4-1.

Di Paroi pula, Negeri Sembilan mara ke perlawanan akhir buat kali ketiga berturut-turut selepas menang secara agregat ke atas T-Team 6-3 selepas menang 2-1 dalam perlawanan separuh akhir kedua malam ini.

Sah, Terengganu akan bertemu Negeri Sembilan di perlawanan akhir Sabtu depan.
Dikuasakan oleh Blogger.