Header Ads

Rangkuman keputusan suku akhir pertama Piala Malaysia 2011

WarkahDaily – Selangor kembali ‘bernyawa’ untuk menggapai misi 33 dalam kancah Piala Malaysia musim 2011 apabila bermula langkah kanan membenam Perak 3-1 di Stadium Shah Alam. Tuan rumah membawa bekalan gol selesa bertandang ke Ipoh, Perak pada Jumaat ini.


Pemain Selangor Safiq Rahim (tengah) meraikan gol pertama selangor ke atas Perak dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. | foto Astro
Namun, Perak tidak mahu mengalah apabila mahu menang dalam perlawanan suku akhir kedua di laman sendiri.

Dalam perlawanan malam semalam, Selangor yang lambat mendapat rentak di minit awal permainan yang dikuasai Perak, namun bangkit selepas memperoleh gol semangat hasil sepakan percuma Safiq Rahim pada minit ke-12.

Safiq sekali lagi menghukum pasukan pelawat juga hasil sepakan percuma pada minit ke-57 sebelum pemain sayap Md Amirulhadi Zainal yang tidak dikawal rapi pertahanan Perak menyumbat gol ketiga pada minit ke-62.

Gol saguhati Perak melalui menerusi Md Failee Mohamad Ghazli pada minit 75.

Di Kuala Terengganu, tuan rumah berjaya membawa bekalan selesa apabila membenam Kelantan 3-1 dalam perlawanan yang diwarnai lima kad merah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Tiga untuk Kelantan manakala dua lagi untuk tuan rumah.

Gol Terengganu dijaringkan oleh Ismail Farouqi, Abdul Manaf Mamat dan ketua pasukan, Marzuki Awang.

Di Sabah, tuan rumah terpaksa akur dengan pelawat, T-Team selepas tewas 1-2. Sabah terpaksa berhadapan tugas getir untuk layak ke separuh akhir apabila T-Team bakal beraksi di laman sendiri dengan bekalan selesa dua gol di tempat lawan.

Kedua-dua gol T-Team dijaring oleh penyerang berpengalaman, Indra Putra Mahyuddin.

Di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, Felda United mengejutkan pasukan pelawat, Negeri Sembilan apabila menang 1-0 walaupun perlawanan lebih banyak didominasi oleh pasukan pelawat.

Gol kemenangan Felda dijaringkan oleh K. Rajan pada minit ke-60.

Pusingan kedua peringkat suku akhir akan berlangsung pada Jumaat ini, 14 Oktober.
Dikuasakan oleh Blogger.