Header Ads

Rasuah RM50 kena denda RM5,000

WarkahDaily – Memang tak berbaloi. Kerana RM50, seorang eksekutif logistik sebuah syarikat pembuatan dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Sesyen di Shah Alam semalam. Semuanya gara-gara memberi rasuah RM50 kepada anggota polis bertugas atas kesalahan lalulintas.


PERISTIWA berasingan…Sedutan video seorang polis terima ‘duit kopi’ RM50 dari seorang pemandu warga Singapura selepas ditahan ketika menyeberangi tambak Johor baru-baru ini.
Dipetik dari mStar, hakim Asmadi Hussin menjatuhi hukuman itu selepas R.Segarananthan, 27, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.

Segarananthan didakwa memberi rasuah kepada Sarjan Mohd Amir Mohd Yassin yang bertugas di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, sebagai dorongan untuk tidak mengeluarkan saman kepadanya kerana memandu keretanya tanpa mempunyai cukai jalan yang sah di Jalan Batu Ujur, Klang dekat sini, pada 10 malam 23 Julai lepas.
Dikuasakan oleh Blogger.