Header Ads

Separuh akhir pertama Piala Malaysia: Negeri Sembilan belasah T-Team 4-2

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, menyaksikan pasukan pelawat Negeri Sembilan berjaya menundukkan Terengganu T-Team 4-2.


TANDUKAN Indra Putra (dua dari kanan) menewaskan penjaga gol NS Mohd Farizal Marlias di Kuala Terengganu, malam tadi. | foto Berita Harian
T-Team yang dilatih Yunus Alif ternyata tenggelam dengan corak permainan agresif Negeri Sembilan. Negeri Sembilan memperolehi gol pertama seawal minit kelima menerusi Shuharain Abu Samah hasil hantaran daripada S. Kunanlan.

T-Team terus menggandakan asakan bagi menyamakan kedudukan yang diperolehnya pada minit ke-10 menerusi Indra Putra Mahayuddin hasil hantaran lintang Mohd
Fitri Omar.

Namun Hairuddin Omar berjaya menanduk masuk gol kedua Negeri Sembilan pada minit ke-25, bagaimanapun dibalas oleh T-Team menerusi jaringan Mohd Nor Farhan
Mohamad pada minit ke-40.

Kegembiraan T-Team hanya mampu bertahan selama dua minit apabila Hairuddin sekali lagi menyumbat gol untuk Negeri Sembilan pada minit ke-42 sebelum ditambah oleh S. Kunanlan pada minit ke-50.


Sumber: Astro Arena
Dikuasakan oleh Blogger.