Header Ads

'Tahi' Umno dalam UiTM lebih suka mahasiswa berfikiran jumud dan tertutup

WarkahDaily – Kalau engkau nak berkaraoke, nak bersosial dan berpesta, itu dibenarkan tanpa banyak soal di kawasan IPT termasuk di UiTM. Tapi jika engkau nak bersuara, tuntut ketelusan, tuntut kebebasan bersuara, perjuang keadilan sejagat, maka engkau akan ‘ditahan’, engkau akan disekat, engkau akan digantung pengajian di IPT.

Itulah nasib golongan mahasiswa di IPT di negara ini. Sepatutnya suara mereka diambil perhatian, diberi kebebasan untuk memberi pendapat tapi dengan campur tangan ‘tahi-tahi’ Umno-BN dalam pentadbiran IPT berkenaan, semua itu nampak macam ‘bodoh’. Semuanya nak disekat melainkan hiburan dan pesta kelalaian.

Bagaimana kita mahu bentukkan negara ini dengan cerdik pandai, golongan terpelajar dan ilmuan yang hebat dan mempunyai fikiran yang kritis jika suara dan pendapat mereka disekat membabi buta oleh golongan yang tidak boleh menerima kenyataan dan minda jumud. Alangkah ruginya negara ini mempunyai satu rangkaian pemerintahan yang terlalu jumud dan otak ‘tepu’ yang tidak boleh menerima pandangan dan teguran orang lain melainkan apa yang mereka lakukan adalah betul dan tepat.

Baru-baru ini, pihak pentadbiran Universiti Teknologi Mara(UiTM) Shah Alam dilaporkan mengambil tindakan amaran penggantungan pengajian terhadap saudara Khalid Mohd Ismath berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang ‘menghentam’ pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berhubung isu penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari dan terlibat dengan Demonstrasi Aman Kebebasan Akademik di UIAM.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terkebelakang dan jumud UiTM itu dan berpendapat tindakan amaran penggantungan yang dikenakan kepada saudara Khalid Mohd Ismath adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam perlembagaan perkara 10(1)(B).

Menurut Penyelaras Segmentasi Mahasiswa SAMM, Wan Farel, pihak pentadbiran UIAM sendiri sudah pun ‘membebaskan’ Professor Dr Aziz Bari, ini membuktikan tindakkan UIAM tidak berlandas kepada peraturan, jadi di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?

“Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil 'pembonsaian minda' terhadap mahasiswa,” jelas Wan Farel.

Khalid Mohd Ismath adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang UiTM dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI). Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Prof Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIAM Selasa lalu.

“Tindakan UiTM membuktikan hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak universiti dengan tindakan memanggil Saudara Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya,” kata Wan Farel.

Atas desakan pihak universiti, Khalid terpaksa Akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya. Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70-an, namun sebenarnya yang ‘membisukan’ suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa.

Menurut Wan Farel, SAMM memberi amaran keras buat pihak pentadbiran UiTM jika sekiranya mengambil tindakan terhadap saudara Khalid.

“Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan kepada saudara Khalid,” kata Wan Farel.

Dikuasakan oleh Blogger.