Header Ads

Timb. YDP Agong: Dun Kelantan rakam tahniah kepada Sultan Kelantan

Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V di atas perlantikan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bermula 13 Disember ini.

Usul yang dibawa oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan yang juga Adun Ayer Lanas, Abdullah Yaakob tersebut disokong sebulat suara termasuk dari kesemua tujuh Adun pembangkang (BN)

Abdullah ketika menyampaikan ucapan berkata perlantikan baginda merupakan satu penghormatan kepada negeri Kelantan dan ia menjadi satu kebanggaan kepada rakyat.

Sementara itu, Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad turut merakamkan ucapan tahniah.

Bagi pihak rakyat pula Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan tahniah kepada Tuanku Al-Sultan.

Persidangan Dun kali ini yang bermula hari ini sehingga 20 Oktober menyaksikan pembentangan Belanjawan negeri 2012.

Sumber: Harakahdaily
Dikuasakan oleh Blogger.