Header Ads

Umno perlu tahu, Stadium Sultan Mohamad ke IV dibina oleh kerajaan PAS

WarkahDaily – Pemimpin Umno ingat mereka sahaja yang melaksanakan pembangunan, mereka sahaja yang mampu dan layak untuk laksana pembangunan dengan memperlekeh dan memperkecil kemampuan orang lain.

Kalau dah ada duit (duit rakyat), tak perlu tunggu Umno memerintah pun, komunis di negara China pun lagi dahsyat laksanakan pembangunan di negara mereka, bahkan terlalu maju jika nak dibandingkan dengan Malaysia yang diperintah kerajaan Umno-BN.

Tapi yang pasti, di negara ini, sesiapa sahaja yang diberi peluang memerintah, dengan syarat tiada berlaku kekacauan oleh pemimpin-pemimpin ‘pondan’ dari kalangan Umno yang melakukan diskriminasi terhadap peruntukan yang perlu disalurkan kepada negeri yang berada di bawah kerajaan persekutuan, sudah tentu boleh memerintah dengan baik dan banyak pembangunan untuk rakyat boleh dilakukan.

Tapi yang hebatnya kerajaan PAS Kelantan, dapat memerintah dengan baik dan dapat melaksanakan pembangunan untuk rakyat walaupun disekat kewangan mereka oleh kerajaan pondan persekutuan yang diwakili Umno-BN. Perkara ini tidak pernah ada pada kerajaan Umno di mana-mana negeri yang begitu bergantung harap dengan kerajaan pusat. Jika tidak, sudah tentu tidak bertahan lama dan tersangat bertuah jika dapat bertahan satu penggal. Ini realiti, bukan fantasi.

Siapa sedar, sebelum ini pernah kerajaan persekutuan membuat andaian, Kelantan di bawah PAS tidak akan bertahan lama, mungkin akan tumbang. Namun, dengan kuasa Allah, sehingga kini, sudah 20 tahun, Kelantan berdiri maju setanding negeri lain, bahkan lebih hebat dari jirannya, Terengganu yang diperintah oleh Umno-BN.

PAS bina Stadium Sultan Mohamad ke IV

Pihak yang memperkecil cadangan kerajaan negeri membina stadium bola sepak berciri reka bentuk unik seperti lupa Stadium Sultan Mohamad Ke IV yang ada sekarang dibina kerajaan PAS selepas pilihan raya 1964.

Stadium itu dibina di kawasan seluas 13 ekar melibatkan kos sebanyak RM1.5 juta dibina secara berperingkat-peringkat. Ia dapat menampung seramai 25,000 penonton.

Dipetik dari Harakahdaily, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pihak yang cuba mempersendakan cadangan kerajaan negeri membina stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh seperti lupa kejayaan kerajaan PAS sebelum ini.

“Stadium Sultan Mohammad Ke IV yang ada sekarang dibina kerajaan PAS. Maka tidak pelik stadium baru juga boleh dibina kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Pihak-pihak yang mempertikai cadangan membina stadium baru itu seolah-olah lupa sejarah pembinaan stadium di Kelantan,” katanya menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumbuh) pada persidangan Dun hari ini.

Pada Mei lalu kerajaan negeri mengumumkan akan membina sebuah stadium baru di kawasan seluas 123 ekar dengan kos bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kompleks stadium yang unik tersebut dijangka mampu menampung sehingga 40,000 penonton menyediakan tempat solat di setiap aras bagi memudahkan orang ramai mengerjakan sembahyang.

Selepas pengumuman tersebut ada pihak terutamanya pemimpin Umno mempertikaikan cadangan tersebut dan menganggap kerajaan negeri tiada kemampuan.

Husam berkata, sehingga kini empat syarikat sudah mengemukakan kertas cadangan kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) bagi membina stadium tersebut.

“Syarikat terbabit akan membentang proposal mereka kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat,” katanya.

Menurutnya syarikat yang akan membina stadium tersebut bakal membina projek komersial lain di kawasan berkenaan bagi membolehkan mereka mendapat dana untuk menampung kos.

Kata beliau juga reka bentuk stadium tersebut diilham sendiri Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan menggabungkan ciri stadium dan masjid.

Dikuasakan oleh Blogger.