Header Ads

Banjir di Pantai Timur semakin pulih

Keadaan banjir di Pantai Timur semakin reda apabila jumlah mangsa pemindahan banjir di Kelantan terus menurun kepada 1,247 orang membabitkan 347 keluarga berbanding 1,327 orang petang semalam, manakala banjir di Terengganu sudah pulih sepenuhnya.


SEORANG penduduk terpaksa memegang tali bagi mengelaknya dihanyut air deras di Kampung Derdap, Pengkalan Kubor semalam.
Di Kelantan, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, sehingga malam tadi, enam pusat pemindahan di Pasir Mas dan Tumpat masih beroperasi.

“Cuaca di Kelantan semakin baik apabila dilaporkan cerah di beberapa kawasan.

“Mangsa banjir terpaksa berpindah secara berperingkat sementara menunggu air yang menenggelami kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata paras air Sungai Golok di Rantau Panjang juga menurun kepada 10 meter, namun masih melebihi paras bahaya sembilan meter.
Dikuasakan oleh Blogger.