Header Ads

Bolasepak Sukan SEA 2011: Malaysia selangkah untuk separuh akhir

WarkahDaily – Skuad bolasepak negara berada di landasan yang betul dalam misi mengekalkan pingat emas acara Bolasepak Sukan SEA yang dimenangi di temasya itu di Vientiane, Laos pada 2009 selepas berjaya mengutip mata penuh dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Kemboja 4-1 di Indonesia semalam.


Bakhtiar Baddrol (kanan) menghasilkan gol ketiga Malaysia melalui sepakan penalti. Malaysia menang 4-1 ke atas Kemboja dalam Sukan SEA Indonesia. | foto AFP
Malaysia begitu garang di separuh masa pertama melakukan serangan bertubi-tubi ke arah gawang lawan sehingga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat tidak perlu bekerja keras menjaga gawang negara.

Skuad kendalian Ong Kim Swee menepati ramalan apabila mendahului di separuh masa pertama dengan 3-0 hasil jaringan Izzaq Faris Ramlan (m-8), Baddrol Bakhtiar (m-36), Baddrol Bakhtiar (Penalti m-40).

Separuh masa kedua bermula, Kemboja kelihatan berubah wajah apabila melakukan serangan ke arah pintu gol negara. Kelekaan benteng pertahanan negara akhirnya dapat dimanfaat oleh pemain Kemboja sehingga berjaya membolosi gawang skuad Harimau Muda hasil jaringan Chhin Chhoeun pada minit ke-59.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Wan Zaharul Nizam menutup perlawanan dengan jaringan menarik dari sudut sukar.

Perlawanan tamat, Malaysia menang 4-1 ke atas Kemboja. Dengan kemenangan itu, anak buah Kim Swee sudah selangkah untuk ke separuh akhir dan hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk ke separuh akhir.

Tuan rumah, Indonesia yang sudah pun menempah tiket ke separuh akhir akan bertemu Harimau Muda dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada Khamis ini.

Menurut Kim Swee, Khamis ini adalah penentu bagi pasukan yang akan layak ke peringkat separuh akhir sekaligus menyalakan impian untuk mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada temasya lepas di Laos.
Dikuasakan oleh Blogger.