Header Ads

Bongkar! Diam-diam Kerajaan Umno-BN jalin hubungan dagang dengan Israel

WarkahDaily – Rupa-rupanya rakyat Malaysia selama ini diperbodoh oleh kerajaan petualang Umno-BN berkaitan hubungan diplomatik Malaysia-Israel. Konon Malaysia tiada hubungan dengan Israel dalam apa jua perkaitan. Bukan sahaja berbohong konon tiada hubungan malah tidak segan-segan pula menyatakan musuh politik mereka ada hubungan rapat dengan Israel.


KELIHATAN sebuah lori kontena milik syarikat Pengangkutan Israel, ZIM bergerak bebas di jalanraya negara kita. | foto Milo Suam
Satu pembohongan kerajaan Umno-BN telah dibongkar oleh blog Milo Suam bagaimana Malaysia yang sebelum ini didakwa Umno-BN tiada hubungan dagang dengan negara haram Israel, namun apa yang terbukti, didapati lori dagang syarikat pengangkutan Israel, ZIM boleh terlepas masuk ke Malaysia.

Blog Milo Suam dipetik: Bagaimana Lori Dagang Syarikat Israel terlepas masuk Malaysia?

SEBELUM ini kita dikejutkan dengan "bolosnya" peserta tinju dari Israel, Ilya Grad yang telah memasuki Malaysia untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN [Baca sini].

Umum mengetahui, negara ini tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, malah kita tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Bukan itu sahaja, malah Rakyat negara ini juga dilarang daripada melawat Israel (Rujuk pasport antarabangsa).

Apa yang menimbulkan persoalan, bagaimana lori dagang syarikat pengangkutan Israel, ZIM boleh terlepas masuk ke Malaysia?

Salah sebuah foto yang berjaya diambil menunjukkan bahawa lori milik syarikat Pengangkutan Israel, ZIM bergerak bebas di negara ini.

Lori Syarikat ZIM ini menggunakan nombor pendaftaran JHE 3553 membuktikan bahawa ia berada dan bergerak bebas di Malaysia.

Semakan di laman sesawang rasmi Syarikat tersebut menjelaskan bahawa Nama "Zim" ini dicadangkan oleh Menteri Pengangkutan Israel yang pertama, David Remez, berdasarkan petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew "Zim" merujuk kepada "kapal besar."

Laman sesawang rasmi ZIM yang turut memaparkan bendera Israel itu turut menjelaskan bahawa nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat untuk membina sebuah armada dagang yang besar [ZIM]

Rupa-rupanya kita rakyat Malaysia begitu mudah diperbodohkan kerajaan Umno-BN. Ntah-ntah dah lama Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel, cuma ianya disembunyikan dari pengetahuan rakyat oleh kerajaan hipokrit Umno-BN.

Sahlah, kerajaan Umno-BN sudah menjadi sebahagian sekutu negara haram Israel dalam perdagangan. Secara tak langsung, kerajaan Umno-BN turut mengkhianati rakyat Palestin yang dibunuh dan ditindas oleh tentera rejim zionis Israel itu.

Jangan kita tumpang sekaki juga, jika tidak mahu turut menerima ‘sahamnya’. Apa lagi, kerajaan Umno-BN harus ditolak dalam PRU-13 nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.