Header Ads

Felda kena lagi RM7.5 juta, bukti Felda ada masalah

WarkahDaily – Asyik kena saman je. Ntah yang ke berapa dah Felda dilaporkan kena saman. Bukan orang lain pun yang saman, tapi di saman oleh peneroka sendiri, iaitu orang yang terlibat secara langsung dengan Felda.

Kalau Felda tu bagus, kalau Felda tu satu di dunia, kalau Felda tu hebat, kenapa asyik kena saman je. Kena saman pulak bukannya dengan orang, tapi dengan ‘ahli keluarga’ sendiri iaitu peneroka.

Jadi, ada menteri dan beberapa pemimpin Umno-BN yang menyatakan kononnya Felda semakin hebat, tidak berlaku penyalahgunaan kuasa atau sebagainya adalah berbohong semata-mata. Kan pelik jika Felda dikatakan prihatin kepada peneroka, jaga kebajikan peneroka, melaksanakan pengurusan yang bagus tapi tiba-tiba menghadapi masalah dengan peneroka dan berhadapan saman pulak tu.

Laporan Sinar Harian menyebut, seramai 49 peneroka Felda Palong 4,5 dan 6 di Jempol memfailkan saman sebanyak RM7.5 juta ke atas Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Technoplant Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Seremban, semalam.

Saman difailkan oleh semua peneroka terbabit selaku plaintif untuk menuntut bayaran lebihan hasil berjumlah RM150,000 seorang atau keseluruhannya RM7.35 juta yang didakwa tidak dibayar agensi berkenaan untuk tempoh lima tahun mulai 2003 seperti yang telah dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan.

Writ saman difailkan menerusi peguam, T Kumar dan Abdul Nasir Abdul Aziz di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Seremban, kira-kira jam 10 pagi.

Kumar berkata, Felda yang dinamakan sebagai defendan pertama didakwa tidak pernah menyatakan mana-mana penyata perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit sebenar yang diperoleh dan dikeluarkan dari ladang peneroka.

“Tuntutan peneroka adalah berdasarkan hasil sawit yang diperoleh Felda dari ladang mereka adalah tinggi dan harga sawit yang baik serta stabil.

“Plaintif menuntut penyata hasil dari Felda namun tidak pernah dibekalkan kepada mereka sedangkan dalam perjanjian terdapat persetujuan bahawa penyata akan dibekalkan setiap suku tahun,” katanya, semalam.

Menurutnya, tuntutan terhadap Felda Technoplant Sdn Bhd yang dinamakan sebagai defendan kedua adalah atas dakwaan gagal mengurus ladang milik peneroka dengan baik.

Katanya, terdapat ladang milik peneroka yang didakwa terbiar tanpa diurus dan diselenggarakan dengan baik oleh defendan kedua walaupun terdapat kos pengurusan yang ditambah sebagai hutang plaintif setiap bulan.

Hadir sama, Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas; Pengerusi Biro Felda PKR, Suhaimi Said; Penyelaras Warga Felda Prihatin, Rebin Birham dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd Nazree Mohd Yunus.
Dikuasakan oleh Blogger.