Header Ads

Fuhh! Untung hang Pak Imam dapat dara cantik

WarkahDaily – Memang tuah badan Pak Imam dapat seorang gadis muda yang cantik sebagai calon isteri selepas menduda sejak Ogos lalu.

Memang jodoh tak mengenal usia, yang pasti semuanya sudah ditentukan Allah SWT sejak azali lagi. Tuah ayam tampak di kaki, rezeki manusia siapa yang tahu.

Apa-apa pun, penulis WarkahDaily Online mengucapkan tahniah buat Pak Imam kerana dikurniakan Allah dengan isteri muda yang cantik lagi dara.

Dipetik dari Harian Metro:

TANAH MERAH: “Jika boleh, saya mahukan anak ramai yang boleh mewarisi segala harta saya. Pada perkahwinan lalu, saya tidak memperoleh zuriat sebab itu saya membuat keputusan berkahwin lagi,” kata warga emas, Mat Ibrahim, 64, yang bertemu jodoh dengan gadis berusia 26 tahun.


SEPADAN...Mat dan Noor Mahayu mengenakan persalinan merah jambu pada majlis resepsi mereka di Tanah Merah, semalam. | foto Harian Metro
Perkahwinan Mat boleh diibaratkan seperti perkahwinan selebriti apabila dia bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Noor Mahayu Samsudin pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11.

Mat yang juga Imam Masjid Mukim Bechah Laut, di sini, dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11, di sini, dan memberi hantaran berjumlah RM5,011 kepada isterinya.

Majlis resepsi perkahwinan pasangan mempelai itu diadakan semalam dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung, diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

Mat berkata, dia menjadi duda apabila isterinya meninggal dunia empat hari selepas Aidilfitri, Ogos lalu.
Dikuasakan oleh Blogger.