iPhone 4S dipasarkan di 15 negara sempena 11/11/11

iPhone 4S
Di Hong Kong, beribu-ribu orang beratur, kebanyakannya telah beratur selama seminggu untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan.
Di Korea Selatan dan New Zealand, meski tidak semeriah di Hong Kong, ramai turut menunggu seharian bagi mendapatkan iPhone 4S.
Antara selebriti terkenal Korea seperti Wonbin dan Shin Min-A turut tidak melepaskan peluang mengikuti pelancaran iPhone 4S.

Orang ramai terpaksa menunggu sehingga melepasi besi halangan untuk dapatkan Apple iPhone 4s di Hong Kong pada 10 November, 2011. | foto AFP
Suasana kemeriahan di Hong Kong diwarnai dengan munculnya beberapa orang yang ingin membeli telefon dengan tujuan mencari keuntungan untuk pasaran gelap.
Menurut agensi AFP, seorang peniaga sengaja meletakkan beberapa orang untuk beratur, dan pada hari jualan itu mereka telah mendapat 198 unit iPhone.
Ia merancang menjual semula iPhone tersebut kepada rakan dan pelanggan-pelanggan.
“Permintaan iPhone 4S luar biasa,” jelas Ken Wong, salah seorang peniaga terbabit.
Namun, tidak semua yang datang dapat membeli iPhone.

Suasana ketika jualan iPhone 4S di sebuah kedai Apple di Hong Kong.
“Pekerja kedai mengatakan semua iPhone yang tersedia hari ini (Jumaat) telah habis terjual,” kata Xu yang menambah mungkin ia akan mencari iPhone di pasaran gelap.
Selain di Hong Kong, Korea Selatan, dan New Zealand, iPhone 4S hari ini juga dilancarkan di beberapa Eropah dan Amerika Selatan.
Post a Comment