Header Ads

Kelayakan Olimpik: Malaysia tewas 0-2 kepada Syria

WarkahDaily - Malaysia kalah 0-2 kepada Syria dalam perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil awal malam ini.

Walaupun skuad Harimau Muda terpaksa beraksi dalam kepenatan selepas baru sahaja selesai perlawanan dalam kejohanan Sukan SEA di Indonesia kelmarin, namun anak buah Ong Kim Swee itu tidak mudah mengaku kalah sehingga memaksa Syria menunggu di separuh masa kedua untuk menjaringkan gol.

Malaysia turut dapat bersaing dengan tempo permainan laju pelawat dengan melakukan asakan ke arah pintu gol Syria, namun kehebatan benteng pelawat menghalang pemain negara melakukan penyudah yang berkesan.
Dikuasakan oleh Blogger.