Header Ads

Koh Tsu Koon tidak bertanding PRU-13: Berkorban atau dikorban?

WarkahDaily - Semalam dilaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU-13 nanti. Konon kerana mahu berkorban demi parti dan menyelamatkan parti.

Koh Tsu Koon
Betul atau tidak 'berkorban' untuk parti atau 'dikorbankan' untuk parti kerana sebelum ini beliau digembar-gemburkan akan bertanding kerana 'orang-orangnya' mahu beliau bertanding.

Dipetik dari The Malaysian Insider, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pagi semalam mengumumkan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 — mengakhiri spekulasi pelbagai pihaknya mengenai langkah pengorbanan yang beliau bakal lakukan demi menyelamatkan parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Ketua BN Pulau Pinang ini berkata langkah beliau umumkan hari ini adalah “keputusan peribadi” semata-mata.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang berkata beliau sudah pun memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang keputusannya.

Bagaimanapun Koh mengesahkan yang beliau akan terus memegang jawatan-jawatan politik termasuk kedudukan sebagai Presiden Gerakan, ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dan naib pengerusi BN pusat.

Guan Eng: Umno paksa Tsu Koon lupakan PRU-13

Lim Guan Eng
Dalam perkembangan lain juga dipetik dari The Malaysian Insider, Lim Guan Eng mendakwa Umno memaksa pesaing politiknya Tan Sri Dr Koh Tsu Koon supaya tidak bertanding pilihan raya umum ke-13, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat, sedangkan Presiden Gerakan itu sememangnya mahu turun gelanggang lagi.

Lim , yang menggantikan Koh sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pengumuman senator itu pagi ini menunjukkan “misi Umno kini sudah selesai.”

“Beliau menjadi presiden parti (Gerakan) dan kemudian menteri (di Jabatan Perdana Menteri). Saya merasakan ia bukan kehendak beliau,” kata beliau di ibu negara semalam.

Sebelum ini Koh Tsu Kooon pernah berhadapan dengan kritikan ahli-ahli Gerakan dan pemimpin yang mendakwa kepimpinan beliau terlalu lemah.

Lim Guan Eng yang juga Setiusaha Agung DAP berkata, Umno menggerakkan kempen terhadap Koh khususnya menerusi akhbarnya Utusan Malaysia dan “apa yang dihendaki oleh Umno, ia dapat.”

Beberapa pihak dalam Gerakan sebelum ini mahu Koh bertanding di kerusi Parlimen Bagan mencabar Lim dalam melahirkan kekuatan kepimpinannya.

Bagaimanapun Lim enggan mengulas sama ada keputusan Koh hari ini akan menjadikan BN lebih kukuh di Pulau Pinang.

“Pilihan saya tidak penting, Kami menghormati setiap lawan.

“Beliau seharusnya diberi satu peluang kedua. Meskipun anda kalah, anda boleh bertanding lagi pada hari lain. Malah Lim Kit Siang dan Karpal Singh pernah tewas masa lalu dan kembali,” kata Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Dikuasakan oleh Blogger.