Header Ads

Liga Arab kenakan sekatan ke atas Syria

KAHERAH: Liga Arab telah meluluskan untuk mengenakan sekatan serta-merta ke atas Syria, kelmarin sebagai langkah untuk memberi tekanan kepada kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad bagi menamatkan tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di negara itu.

Dalam satu sidang media, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Al Thani menyatakan 19 daripada 22 negara anggota Liga Arab telah meluluskan sekatan tersebut.

“Sekatan segera yang dikenakan ke atas Syria adalah termasuk menghentikan pembiayaan terhadap projek-perojek di negara tersebut dan urus niaga dengan bank pusat,” menurutnya lagi.

Sheikh Hamad turut menegaskan keputusan mereka bertujuan untuk menghentikan penderitaan penduduk akibat tindakan kekerasan kerajaan dan mereka akan cuba mengelakkan sebarang campur tangan negara luar terhadap konflik yang semakin meruncing di negara itu.

Dalam satu kenyataan lain, Syria menganggap keputusan Liga Arab tersebut sebagai pengkhianatan perpaduan di rantau Arab.
Dikuasakan oleh Blogger.