Liga Juara-Juara: Chelsea, Arsenal seri, Messi hatrik bantu Barcelona belasah FC Viktoria
WarkahDaily – Chelsea terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dengan Genk dalam aksi kumpulan E perlawanan Liga Juara-Juara di Arena Cristal awal pagi tadi.

Penjaga gol Genk, Laszlo Koteles menyelamatkan sepakan penalti oleh pertahanan Chelsea, David Luiz ketika aksi Kumpulan E Liga Juara-juara di Arena Cristal. | foto AFPKeputusan seri itu mengecewakan pengendali Chelsea, Andre Villas-Boas dalam misi mengutip mata penuh di Belgium walaupun sebelum ini pernah membelasah kelab dari Belgium itu 5-0 bulan lepas.
“Kami bermain baik pada separuh masa kedua tetapi aksi separuh masa kedua mengejutkan saya.
“Mereka sepatutnya menang tapi keputusan seri ini amat mengecewakan,” kata Villas-Boas.
The Blues mendahului perlawanan di separuh masa pertama apabila Ramires menjaringkan gol selepas mendapat umpanan cantik daripada rakan sepasukan Fernando Torres pada minit 26.
Chelsea berpeluang menambah gol namun ianya disia-siakan oleh David Luiz yang gagal menyumbat masuk penalti yang diperoleh pada separuh masa kedua.
Genk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan cantik Jelle Vossen yang mendapat hantaran daripada Fabien Camus di sebelah kiri pada minit ke-61.
Chelsea yang turun beraksi tanpa tonggak utama seperti John Terry, Frank Lampard, Didier Drogba dan Juan Mata yang direhatkan jelas memakan diri.
Di Stadium Emirates, Arsenal seri 0-0 dengan Olympique Marseille dalam aksi kumpulan F.
Walaupun gagal mengutip mata penuh, Arsenal masih kedudukan teratas kumpulan F dengan lapan mata daripada empat perlawanan berbanding Marseille berada di kedudukan kedua dengan tujuh mata.
Bulan lepas, anak buah Arsene Wenger menang 1-0 dengan lawan yang sama.
Buat gergasi Sepanyol, Barcelona pula berjaya membelasah kelab dari Republik Czech, FC Viktoria Plzeň 4-0 di Stadium Eden, Praque.

Lionel Messi melepasi pemain FC Viktoria, Václav Pilar Plzeň dalam aksi kumpulan H Liga Juara-Juara awal di Prague. | foto Getty ImagesPemain Argentina, Lionel Messi menjadi wira selepas mencatat hatrik bagi membantu Barca meneruskan misi ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara.
“ia malam yang benar-benar baik,” kata Messi seperti yang dipetik dari UEFA.com.
Bagi ketua pasukan FC Viktoria, Pavel Horvath, selepas Marian Čišovský diperintah keluar padang di separuh masa pertama dan memberi sepakan penalti buat Barcelona dan mudah disempurnakan Messi untuk gol pembukaan pada minit ke 24.
Barca dilihat menguasai perlawanan dengan Messi sekali lagi menambah derita FC Viktoria dengan gol kedua di minit akhir separuh masa pertama.
Bekas pemain Arsenal, Cesc Fabregas turut mencatat penjaring kemenangan Barcelona di minit ke-72 dan sebelum masa perlawanan tamat, Messi menyempurnakan hatriknya dengan meletak Barcelona di depan 4-0 di minit ke-90+2’.
Keputusan penuh perlawanan lain di WarkahDaily Online
Kumpulan E
Valencia CF [3-1] Bayer 04 Leverkusen
KRC Genk [1-1] Chelsea
Kumpulan F
Arsenal FC [0-0] Olympique de Marseille
Borussia Dortmund [1-0] Olympiacos FC
Kumpulan G
FC Zenit St Petersburg [1-0] FC Shakhtar Donetsk
APOEL FC [2-1] FC Porto
Kumpulan H
FC BATE Borisov [1-1] AC Milan
FC Viktoria Plzeň [0-4] FC Barcelona

Penjaga gol Genk, Laszlo Koteles menyelamatkan sepakan penalti oleh pertahanan Chelsea, David Luiz ketika aksi Kumpulan E Liga Juara-juara di Arena Cristal. | foto AFP
“Kami bermain baik pada separuh masa kedua tetapi aksi separuh masa kedua mengejutkan saya.
“Mereka sepatutnya menang tapi keputusan seri ini amat mengecewakan,” kata Villas-Boas.
The Blues mendahului perlawanan di separuh masa pertama apabila Ramires menjaringkan gol selepas mendapat umpanan cantik daripada rakan sepasukan Fernando Torres pada minit 26.
Chelsea berpeluang menambah gol namun ianya disia-siakan oleh David Luiz yang gagal menyumbat masuk penalti yang diperoleh pada separuh masa kedua.
Genk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi rembatan cantik Jelle Vossen yang mendapat hantaran daripada Fabien Camus di sebelah kiri pada minit ke-61.
Chelsea yang turun beraksi tanpa tonggak utama seperti John Terry, Frank Lampard, Didier Drogba dan Juan Mata yang direhatkan jelas memakan diri.
Di Stadium Emirates, Arsenal seri 0-0 dengan Olympique Marseille dalam aksi kumpulan F.
Walaupun gagal mengutip mata penuh, Arsenal masih kedudukan teratas kumpulan F dengan lapan mata daripada empat perlawanan berbanding Marseille berada di kedudukan kedua dengan tujuh mata.
Bulan lepas, anak buah Arsene Wenger menang 1-0 dengan lawan yang sama.
Buat gergasi Sepanyol, Barcelona pula berjaya membelasah kelab dari Republik Czech, FC Viktoria Plzeň 4-0 di Stadium Eden, Praque.

Lionel Messi melepasi pemain FC Viktoria, Václav Pilar Plzeň dalam aksi kumpulan H Liga Juara-Juara awal di Prague. | foto Getty Images

Post a Comment