Header Ads

Malaysia pertahan emas bola sepak, ego Indonesia lenyap terus

WarkahDaily – Hampir 80,000 penonton Indonesia terdiam dan ‘diaibkan’ para pemain Harimau Muda selepas meranapkan ego tuan rumah Sukan SEA ke-26 Indonesia awal malam tadi.

Malaysia menang melalui penentuan sepakan penalti 4-3 selepas perlawanan sebenar berakhir dengan seri 1-1.

Kemenangan itu memberi Malaysia merangkul pingat emas dua kali berturut-turut selepas anak buah Rajagopal melakukannya pada 2009 di Vientiane, Laos.

Jelas sekali walaupun Indonesia mendahului pungutan emas keseluruhan kejohanan Sukan SEA kali ini namun kekalahan dalam acara bola sepak memberi tamparan hebat buat pasukan yang menyangka mereka bakal menggembirakan penyokong mereka sendiri dengan kemenangan ke atas Malaysia.

Tapi malam ini menjawab segala-galanya buat penyokong tuan rumah yang dilihat ‘kurang mesra dan kurang beradab’ melayan kedatangan Malaysia untuk kejohanan kali ini.

Apa-apa pun, tahniah buat pasukan Ong Kim Swee kerana berjaya mengekalkan pingat emas dalam acara ibu segala pingat iaitu bola sepak.

Baca ini juga:

Sukan SEA Bola sepak: Malaysia menewaskan Indonesia 4-3, kekal emas
Dikuasakan oleh Blogger.