Header Ads

Naib Ketua Pemuda Umno nyaris sertai majlis rekrut kongsi gelap?

WarkahDaily – Berita Harian Metro Online hari ini melaporkan pihak polis dari Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Perak telah melakukan satu serbuan ke atas sebuah ‘program Hari Keluarga’ anjuran kelab belia dikenali Generasi Kini (Genki) Seven di sebuah resort di Teluk Batik, Manjung, Perak, malam kelmarin.

"Mereka dihiburkan dengan tarian ghairah oleh sekumpulan gadis cantik sebelum dikumpulkan di dalam satu dewan besar untuk menjalani satu ‘ritual’ khas bagi ditauliah menjadi ahli pertubuhan kongsi gelap.

Itu antara sesi angkat sumpah yang dilalui 307 orang termasuk remaja berusia 17 tahun sebelum ditahan dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) negeri di sebuah resort di Teluk Batik, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan, 307 individu berusia dari 17 hingga 30 tahun itu berkumpul di resort berkenaan mulai jam 8 malam kelmarin lengkap memakai kemeja-T dengan logo pertubuhan itu.

Berselindung di sebalik program Hari Keluarga, acara itu dikendalikan sekumpulan individu dipercayai ahli kumpulan gengster untuk merekrut ahli baru.

Difahamkan, peserta program itu datang dari seluruh negara untuk menyertai kumpulan berkenaan dan mendaftar masuk di resort bermula jam 3 petang kelmarin."

"Juga dilaporkan Harian Metro Online, pihak penganjur program berkenaan turut menjemput Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia (Belia 4B), Mua’amar Ghadafi Jamal yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, namun tidak dapat menyertainya kerana mengikuti program Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Taiping.

Mua'amar Ghadafi
“Saya mengakui menerima jemputan makan malam pada program berkenaan malam semalam (kelmarin), namun membatalkannya kerana mengikuti program Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Taiping.

“Saya terkejut apabila dikhabarkan mengenai serbuan polis ke atas program berkenaan sebelum bergegas ke Teluk Batik pagi ini (semalam) untuk mendapatkan maklumat lanjut,” kata Mua’amar Ghadafi Jamal yang dipetik dari Harian Metro Online ketika mengulas mengenai serbuan polis ke atas program itu.

Dipetik lagi dari Harian Metro Online, Mua’amar berkata, beliau dimaklumkan kelab berkenaan bakal menganjurkan hari keluarga yang disertai hampir 300 belia dan remaja dari seluruh negara.

Bagaimanapun, katanya, beliau kurang pasti motif serbuan itu dan mungkin berlaku salah faham sehingga membawa kepada penahanan.

“Saya difahamkan, kelab berkenaan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan aktiviti kelab berkenaan lebih kepada program permotoran.

“Selaku presiden belia 4B, saya memenuhi undangan itu pada awalnya kerana mahu berinteraksi dengan ahli kelab belia itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam."


p/s: ‘Kumpulan Gangster’ tu jemput Presiden Belia 4B selaku pemuda Umno bahagian datang ke majlisnya. Beriya mereka tu jemput, ada apa-apa ke?


Lain-lain komen, hangpa sendiri la komen pulak….
Dikuasakan oleh Blogger.