Header Ads

Oh Malaysia! Penoreh getah pun rasuah

WarkahDaily – Rasuah semakin membarah di negara ini. Seolah-olah dari hujung hingga hujung kaki terpalit dengan rasuah. Kerana diajar yang di atas, yang duk bawah pun turut ‘belajar’ main rasuah. Cuma yang bezanya, yang duk atas ‘main’ rasuah juta-juta ringgit, namun yang duk bawah sekadar rasuah RM50 ringgit.

Tapi, rasuah RM50 cepat je diselesaikan dan dijatuhkan hukuman. Yang juta-juta ringgit tunggu berjanggut baru nak siasat. Itu kira bagus jugak dari langsung tak diambil apa-apa tindakan walaupun terang-terangan terlibat dengan rasuah.

Dipetik dari Sinar Harian, seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM3,000 setelah mengaku bersalah memberi rasuah kepada seorang anggota polis di Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini, semalam.

Tertuduh, Roobanraw Subramaniam, 19, beralamat di Felda Serting Hilir, Jempol, turut berdepan hukuman lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Dia membuat pengakuan itu di depan Hakim, Datin Nursinah Adzmi, setelah pertuduhan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jasmi Buang, dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Menurut pertuduhan, Roobanraw didakwa memberi suapan sebanyak RM50 kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan yang bertugas di Balai Polis Ayer Hitam, Jempol.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan kepada pengadu untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya kerana memandu lori tanpa lesen yang sah di Kilometer 18, Jalan Bahau-Kemayan, Simpang Empat, Ayer Hitam, Jempol, kira-kira jam 3 petang, 10 Oktober lalu.
Dikuasakan oleh Blogger.