Header Ads

Pelakon lagak ngeri terbunuh

Seorang pelakon lagak ngeri terbunuh manakala seorang lagi cedera semasa penggambaran filem sekuel Hollywood, The Expendables 2 di Bulgaria,
menurut syarikat penerbitan filem itu, kelmarin.

Insiden itu berlaku semasa dua lelaki tersebut sedang menjalani penggambaran babak melibatkan letupan di atas sebuah bot berhampiran empangan di Tasik Ognyanovo, barat daya Bulgaria, Khamis lalu.

Filem ditulis bintang Hollywood, Sylvester Stallone itu dibintangi pelakon veteran itu sendiri bersama Arnold Schwarzenegger, Bruce Willis dan Jean-Claude Van Damme dan dijadual ditayangkan, Ogos depan.

Sumber: sinarharian.com.my
Dikuasakan oleh Blogger.