Header Ads

Peninju Israel: Shabery Cheek kantoi

WarkahDaily – Niat nak kenakan negeri Pakatan Rakyat (PR) namun sebaliknya berlaku. Diri sendiri pulak yang terkantoi.

Baru-baru ini dilaporkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan The Challenger Muay Thai yang disertai rakyat Israel yang diadakan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk rakaman Channel TV AXN.

Konon dakwa Shabery, kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

Shabery dilihat cuba memperbodoh rakyat konon kerajaan PR Selangor telah memberi peruntukan untuk kejohanan yang disertai rakyat Israel. Dengan kata lain, Selangor konon bersubahat dengan kehadiran rakyat Israel berkenaan.

Dia ingat orang bodoh boleh terima bulat-bulat penipuan dan pembohongan bodoh tu.

Setakat beri peruntukan atau taja RM5 juta, apa kaitan dengan kehadiran peninju Israel?

Pertama sekali, kejohanan itu memang sebuah program di bawah Kementerian Belia dan Sukan dijaga oleh Shabery Cheek.

Selangor sekadar memohon daripada kementeriannya agar program itu diadakan di negeri itu tanpa mengetahui penglibatan peserta Israel, Ilya Grad. Bahkan, Selangor tidak dimaklumkan bahawa terdapat peserta dari negara tersebut.

“Kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut ada perserta dari Israel kerana semua jemputan dilakukan oleh pihak kementerian dan Negeri Selangor hanya menyediakan tempat sahaja.

“Sekiranya kita tahu jika ada penglibatan peserta dari Israel sudah pasti kita akan membuat bantahan awal tetapi kita tidak diberitahu. Apa yang kita tahu hanyalah mengenai program tersebut sahaja dan kita sanggup untuk menganjurkannya,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Jadi, untuk mendapat hak penyediaan tempat (penganjur), Selangor perlu membayar sebahagian kos program berkenaan, tapi urusan urusan jemputan dilakukan oleh pihak kementerian yang dipegang Shabery.

Kedua, kehadiran Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini telah menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Negara Israel boleh memasuki Malaysia.

Malah sewaktu memasuki Malaysia melalui Thailand, beliau ditahan selama 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia" mengikut kenyataan di blog tinju Muay Thai Authority.

Jadi jelas sekali, Shabery sendiri yang ‘membawa’ masuk rakyat Israel ke Malaysia untuk program berkenaan. Jika bukan kerana pas khas, kebenaran imegresen di pintu masuk ke negara ini, sudah tentu rakyat Israel tidak dapat memasuki Malaysia. Jadi, usahlah tembelang memperbodohkan rakyat dengan pembohongan nyata.

Eh..eh..hangpa dah lupa ke bagaimana pihak atasan boleh mengerahkan pihak berkuasa menahan kemasukan peguam dari Perancis yang membicarakan kes ‘komisyen gelap’ dalam pembelian kapal selam ‘Scorpene’ tempoh hari? Baca sini.

Peguam tu hangpa boleh tahan, peserta Muay Thai dari Israel kamu tak boleh tahan pulak. Tak mampu ke atau lembab?
Dikuasakan oleh Blogger.