Header Ads

Penjenayah bebas jika Hudud dilaksanakan: Pandangan Karpal dangkal, PAS perlu ‘ajar’ Karpal

WarkahDaily – Pengamal undang-undang sivil yang boleh dikatakan berpengalaman luas dalam bidang-undang, Karpal Singh begitu dangkal dan cetek ilmunya pasal hukum Hudud yang mahu dimartabatkan oleh kerajaan Kelantan

Karpal Singh
Namun bagi penulis WarkahDaily Online, perkara ini tidaklah pelik kerana pengerusi DAP itu bukan beragama Islam seperti mana pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam tetapi turut menyangkal kewajipan pelaksanaan Hudud.

Karpal dilaporkan berkata, penjenayah boleh bebas jika Hudud dilaksanakan. Oleh itu, beliau telah menolak cadangan kerajaan negeri Kelantan bahawa undang-undang sivil harus setegas seperti undang-undang hudud.

Walau bagaimana pun, Karpal yang begitu dihormati dalam amalan undang-undang di negara ini perlulah bersikap adil dan amanah jika beliau mahu memberi pendapat atau pandangan berkaitan undang-undang Islam.

Dengan kata lain, Karpal perlu tahu keseluruhan berkaitan undang-undang Islam itu jika mahu memberi komen atau pendapat berkaitan undang-undang itu. Jika tidak, apa yang diperkatakan itu boleh dikatakan tidak adil dan bukan hak yang sebenarnya.

Contoh; ‘bagaimana kamu boleh bercakap tengan selok-belok dengan enjin kereta jika kamu tidak belajar tentang pembaikkan enjin berkenaan’. Bagaimana seorang mekanik mahu membaiki kereta, perlulah dia belajar dulu tentang ilmu pembaikian kereta, jika tidak ‘hancurlah’ kereta tu.

Dipetik dari Malaysiakini, Karpal berkata bahawa ia tanggapan salah untuk mentafsirkan bahawa hukum hudud atau undang-undang yang tegas seperti hukuman mati boleh menghalang seseorang daripada membuat kesalahan.

Katanya, penyokong hukum akan berhujah, tidak seperti undang-undang jenayah, standard pembuktian adalah sangat tinggi bagi kes-kes jenayah.

Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah 'tanpa sebarang keraguan yang munasabah', undang-undang hudud adalah berdasarkan 'kepastian', katanya.

"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan kes-kes zina mengikut undang-undang hudud. Ini adalah mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini," kata Karpal, pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.

"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang," kata Karpal lagi.

Jelas sekali Karpal hanya reti sebahagian sahaja berkaitan hukum Islam. Karpal sekadar tahu pasal ‘empat saksi’ yang diperlukan namun tidak pula tahu berkaitan hukuman Takzir. Walaupun Karpal hebat dalam undang-undang sivil, namun dia jahil berkaitan undang-undang Islam dan beliau perlu belajar lebih mendalam berkaitan undang-undang Islam jika mahu memperkatakan berkaitan undang-undang Islam, jika tidak ia dipanggil tidak adil.

Perlu diketahui bahawa, Hudud adalah sebahagian undang-undang Islam, bahkan di sana ada lagi hukuman yang berkaitan jenayah Takzir dan Qisas.

Secara ringkas, Takzir adalah hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah yang tidak dikenakan hukuman Hudud dan Qisas. Ia ditentukan oleh pemerintah sendiri. Maka di sinilah berlakunya perbicaraan ke atas jenayah yang dilakukan dan bukannya sesuka hati dilepaskan begitu sahaja seperti yang disangka Karpal Singh.

Jadi, PAS perlu menggunakan sepenuhnya kesempatan berada dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama-sama DAP untuk menjelaskan keadaan undang-undang Islam ini. Sekurang-kurang Karpal akan tahu kelebihan dan keistimewaan hukum Allah itu.

Mungkin PAS sedang berusaha ke arah itu, namun bagi penulis WarkahDaily Online sekadar memberi pandangan, PAS perlu menjelaskan berkaitan udang-undang Islam itu kepada DAP terlebih dahulu sebelum ianya dibawa kepada umum supaya PAS tidak ‘diserang’ dari dua penjuru (serangan dalaman – DAP dan serangan luar – BN).

Setidak-tidaknya, Karpal perlu difahamkan dahulu berkaitan undang-undang Islam agar suara tentangan daripadanya dapat didiamkan terlebih dahulu dan PAS dapat memberi tumpuan memberi penerangan kepada masyarakat luar sana.
Dikuasakan oleh Blogger.