Header Ads

Penyanyi ‘lagu bola’ yang menjadi siulan peminat bola sepak bakal berkahwin pasangan sejenis

WarkahDaily – Penyanyi yang ‘glamour’ dengan lagu "Livin La Vida Loca", Ricky Martin yang menjadi siulan para anak muda dan peminat bola sepak dilaporkan sedang merancang untuk ‘mengahwini’ kekasih sejenisnya Carlos Gonzalez di Sepanyol.

Menurut laporan berita luar negara, Martin telah ‘berkasih’ selama empat tahun dengan Carlos Gonzalez dan kini dalam proses untuk ‘berkahwin’.

Menurut satu laporan, Martin pernah mengeluarkan kenyataan dan mengakui dia merupakan seorang homoseksual pada tahun lepas. Dia dikatakan turut berbangga dengan keadaan dirinya itu.

Menurut laporan Mirror, penyanyi berusia 39 tahun yang telah pun mempunyai dua anak kembar sebelum ini, Matteo dan Valentino, kini berumur tiga tahun, telah memohon kerakyatan Sepanyol bagi mengambil kesempatan dengan keputusan negara itu yang telah membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun 2005.

Kerajaan Sepanyol dikatakan bersetuju dengan tindakan itu dan mengalu-alukan ‘pasangan’ sejenis itu untuk mendaftar perkahwinan mereka di negara berkenaan dan tidak meminta Martin meninggalkan Puerto Rico atau kewarganegaraan Amerika Syarikat yang dimilikinya.

Akhbar harian Sepanyol melaporkan Martin merancang ‘perkahwinan’ sejenisnya di Sepanyol kononnya kerana ingin memberi penghormatan kepada perdana menteri negara itu, Jose Luis Rodriguez Zapatero yang dikatakan menyokong hak homoseksual.

Dikuasakan oleh Blogger.