Header Ads

Rejim Israel semakin angkuh, ancam potong bekalan air dan elektrik di Genting Gaza

TEL AVIV: Israel sekali lagi menunjukkan sifat angkuh mereka, kelmarin dengan mengancam untuk memotong bekalan air dan kuasa elektrik di Genting Gaza jika pemerintahan Hamas dan Fatah menubuhkan kerajaan perpaduan.

Timbalan Menteri Luar Israel, Danny Ayalon berkata, kementerian luar kini sedang meneliti kemungkinan untuk menarik balik kemudahan infrastruktur sebanyak 70 peratus yang selama ini disumbangkan oleh mereka ke Genting Gaza.

Rejim Zionis mendakwa kononnya mereka khuatir jika perjanjian kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah dimeterai, ia akan menyebabkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) hilang kuasa sepenuhnya, sekali gus menamatkan sebarang peluang dan harapan untuk perjanjian damai dengan Israel yang masih lagi tertangguh.

Jumaat lalu, Israel masih mengekalkan helah mereka untuk membekukan pemindahan puluhan juta wang cukai kepada PA iaitu beberapa jama selepas Presiden Mahmoud Abbas mengadakan perbincangan peringkat tertinggi bersama ketua Hamas, Khaled Meshaal yang turut disebut sebagai era baru ‘perkongsian’.

“Jika Palestin menandatangani sebarang perjanjian berhubung kerajaan perpaduan, ia akan menyebabkan proses pemindahan dana ke negara itu menjadi lebih sukar, pada masa hadapan” menurutnya.

Tindakan rejim Zionis tersebut sebenarnya dilihat sengaja mahu menggagalkan Hamas dan Fatah untuk bersatu kerana jika ia berlaku, secara jelas Israel akan mula hilang kuasa serta pengaruh.
Dikuasakan oleh Blogger.